...hukum hudud...

Sana sini orang heboh pasal hukum hudud. Yang tak berapa pandai islam nak bercakap, yang bijak pandai berhujah, yang buat-buat pandai bagi pendapat, yang tak tahu langsung hudud tu apa pon nak menyibuk. Situasi macam ni la menimbulkan kekeliruan dan 'ketakutan' kepada orang-orang awam yang tak tahu langsung.

Jadi, aku sekadar ingin berkongsi maklumat secara ringkas dan am tentang hukum hudud (mengikut pengetahuan cetek aku):

1) Hukum Hudud= hukum yang dibuat berdasarkan wahyu Allah dan bukan hukuman buatan manusia. Bila bercakap pasal wahyu Allah, ini termasuklah bersumberkan dari Al-Quran yang sememangnya kalam Allah dan Sunnah iaitu yang datang dari Nabi Muhammad s.a.w. Kenapa Sunnah? Sebabnya, "Wa Ma Yanthiqu Anil Hawa, In Huwa Illa Wahyun Yuha". Paham?

2) Jenayah yang dikategorikan dalam hukum hudud ialah bunuh, mencuri, zina, minum arak, pemberontakan, murtad, qazaf. Manakala, selain dari jenayah yang tidak disenaraikan dalam hukum hudud, tertakluk pada kebijaksanaan pemerintah dalam mengendalikannya. Ini dikenali sebagai ta'zir.

3) Hukum Hudud fungsinya menghukum orang yang buat salah. Jadi, kalau orang yang tak bersalah tu, tak payah nak risau kot2 dihukum sama. Kecualilah, orang yang dok sibuk risau pung pang pung pang hudud ni zalim la, nti byk sup tangan la, dia berniat nak buat jahat???

4) Hukum Hudud ini juga, fungsinya lebih berbentuk pencegahan (deterrence). Bila seseorang pelaku salah disabitkan kesalahan dan dihukum di hadapan khalayak ramai, maka orang ramai menjadi gentar untuk buat perkara sama. Bukankah mencegah lebih baik dari merawat???

5) Hukum Hudud ini melindungi mangsa dan bukan membela pelaku salah. Jadi, hukuman hudud hanya akan dijatuhkan ke atas penjenayah dan ini dapat menjaga perasaan mangsa yang terpaksa menanggung derita dari perbuatan pelaku salah. Namun, tidak dinafikan juga dalam sesetengah perkara, hukuman hudud tidak akan dilakukan sekiranya mendapat kemaafan dari mangsa seperti hukuman bunuh. Sekiranya waris mangsa redha dan memaafkan si pelaku, maka hudud tidak akan dijalankan. Bukankah wujud keharmonian di situ?

6) Hukum hudud ini hanya untuk orang Islam. Tapi sekiranya orang bukan Islam nak tertakluk kepada hukum hudud, terpulang pada dia. "La Ikraha Fiddin".

7) Hukum hudud diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad. Jika kita hayati perjalanan sirah nabi, banyak peristiwa yang akan meruntun hati apabila hukum hudud diamalkan. Malah, terdapat orang Islam apabila melakukan jenayah, segera bertemu dengan Nabi meminta dihukumi. Tetapi Nabi bersifat tenang orangnya. Baginda tidak segera melaksanakan hukuman, malah disiasat sehingga ke akar umbi kes tersebut. Perlu diingatkan "Idrau hudud bisyubhah".

Jadi, apa pendirian kita untuk hudud??? Pada aku, satu sahaja yang terlintas saat ini. Allah yang menjadikan kita, Dia lah engineer manusia, maka di tanganNya ada manual proses perjalanan manusia. Dia Maha Tahu apa yang baik buruk untuk kita. Apa yang disuruhNya sama sekali tidak membuatkan kita ditimpa malang. Yakinilah perkara tersebut sepenuh hati, sepenuh isi bumi alam ini. Kenapa perlu agungkan suruhan mahupun perintah manusia, sedangkan dirinya sendiri pun belum pasti dengan perjalanan hidup sendiri. Masih mampu berjalankah, berlarikah atau tersungkur hari ini???

Wallahualam...

p/s: Bijak pandai mengatakan, membaca itu kunci ilmu. Sekiranya mahu belajar dan tahu lebih lanjut tentang sesuatu perkara, bersahabat baiklah dengan buku!