...Money is not everything

But money is something...

Who says money is not important? Who says money does not guarantee happiness in life?I personally say money is something. It values our life..Who disagrees, prove me wrong then!

Hidup zaman sekarang ni, zaman wang adalah segala-galanya. Nak makan, perlukan duit. Nak belajar, bayar guna duit. Nak mula kerja pun perlukan duit. Sesetengah orang cakap, nak buang air pun kena bayar.

Berapa ramai pasangan suami isteri yang kahwin, akhirnya tidak dapat teruskan hidup bersama akibat dibelenggu masalah duit. Ok sebelum tu, nak kahwin pun perlukan duit. Kalau takde duit, jangan haraplah dapat minang anak dara orang. Even letak mas kahwin atau hantaran harga seribu pun, masih perlukan duit. Bila dah kahwin pun, belanja rumah, anak bini, keperluan asas dan sebagainya pun perlukan duit. Jadi di mana duit tak diperlukan langsung dalam hidup???

Duit, boleh membawa kita ke neraka mahupun syurga. Duit yang banyak, bila dibelanjakan ke jalan yang betul insyaallah dapat menempah tiket ke syurga. Orang yang tiada duit, lalu dipilihnya jalan yang salah, bersedialah menempuhi seksaNya. Orang yang berduit tak menjaminkan dia penghuni syurga. Tapi alangkah bahagianya orang yang berduit di dunia, dia juga yang kaya di akhirat kelak.

Jadi, mari kita sama-sama mengumpul duit yang banyak untuk hidup di dunia dan juga akhirat!!!

"Sesiapa yang kedekut, bererti dia kedekut dengan dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Terpuji"

...randomly...

Tahun baru 2012

Ramalan kaum Maya, bumi akan kiamat pada 2012. Ini berdasarkan kalendar yang dimiliki mereka hanya mempunyai tarikh dari 3113 masihi-2012 masihi. Mungkinkah dunia wujud setakat itu? Mari kita rujuk siapa kaum Maya? Walau apa pun,kita sebagai umat Islam punya pegangan sendiri. Sedangkan nabi Muhammad yang merupakan kekasih Allah, Pemilik Dunia ini tidak memberitakan apa-apa tentang bila berlakunya kiamat, apakah kita perlu mempercayai ramalan tersebut? Apa yang penting, biar apa pun nombor tahun menjengah kita sedangkan kita masih di takuk lama, itu sudah cukup menggambarkan berlakunya kiamat untuk diri sendiri. Renung-renungkan dan selamat tahun 2012!

Fesyen dan zaman

Bila tahun baru menjengah, maka para pereka fesyen akan berlumba-lumba untuk suatu inovasi baru yang lebih up-to-date. Kita, sang penerima dan model memperaga fesyen tidak rasmi ini juga tidak kurang hebatnya memilih mana satu idaman hati. Ada yang gemar mengikut arus zaman tetapi tidak kurang juga ada yang gemar dan selesa dengan fesyen yang masih bertahan dengannya dari dulu hingga kini. Apa-apa pun, Islam itu indah dan sukakan pada keindahan. Pakailah, berfesyenlah dengan apa-apa yang indah. Namun, hukum agama tidak berubah mengikut peredaran zaman. Bila tahun baru menjengah, tak bermakna kau boleh singkap tudung sampai nmpk rambut. Kalau tahun baru membolehkan kau pakai tudung dengan legging, baju ketat nampak segala benjolan, kain terbelah, tudung jarak nampak helaian rambut, kau memang silap besar la.Zaman berubah, hukum tutup aurat tetap sama!

Tahun baru kerja lama

Kalau ada yang memulakan tahun baru dengan kerja yang baru, tahniah dan selamat berjaya diucapkan.Kerja, berbeza 360 darjah dari belajar. Zaman di U dulu,ramai kawan sekepala. Boleh bercerita sesuka hati tanpa tapisan, mahupun CCTV yang merekod. Bila dah kerja, bersedialah menghadapi karenah dan ragam bemacam jenis manusia. Ada yang baik hati tunjukkan cara meningkatkan prestasi kerja, tak kurang juga yang sampai hati untuk menjatuhkan kita. Asalkan kerja selesai, tak payah peduli hal orang lain. Amanah dipikul dengan penuh tanggungjawab sebab mereka hanya menilai dari segi luaran. Semoga penilaian dalaman juga tidak diabaikan.

Kesimpulannya: Sudah terlalu lama tidak menulis. Mungkin azam untuk mengupdate blog setiap bulan patut dimasukkan dalam list. Harapnya begitu...Insyaallah

...rendah diri...

Hari ini mari kita bercakap soal rendah diri. Susah sebenarnya nak menjadi seorang yang rendah diri. Tambah2 bila kita lebih dari orang lain. Lebih pandai, lebih kaya, lebih harta, lebih pangkat, semuanya lebih. Bila berjumpa orang, mula lah nak menceritakan kelebihan yang dia ada. Mula nak bandingkan apa yang dia ada dengan orang lain. Susah nak berasa rendah diri. Kadang2 orang yang terlalu merendah diri, dianggapnya sebagai 'loser'. Kenapa begitu??Fikir2kan dan muhasabah diri sendiri. Sementara tuh, mari kita layan gambar di pulau langkawi sempena cuti 1 Malaysia.

























...kembali kepada fitrah...

Salam Aidilfitri buat semua. Semoga Aidilfitri kali ini membawa sejuta kebahagiaan pada kita tanpa melupakan titis nikmat yang dikurniakan Allah. Aidilfitri tahun ini, pertama kali membeli baju raya untuk abah, sepasang sandal untuk umi, sehelai baju melayu untuk che juga sepasang sandal untuk tok. Rezeki yang dapat, apa salahnya dikongsi bersama. Raya tahun ini juga pertama kali dapat merasakan begitu ramai kehadiran tetamu di hari raya. Sungguh, luar biasa dari tahun sebelumnya. Mungkin ini salah satu cara Allah melimpahkan rahmatNya kepada kami sekeluarga. Terima kasih Allah!


Tahun ini juga pertama kali beraya tanpa wan di sisi. Pertama kali juga tok beraya dengan anak2 tanpa kehadiran suami. Terasa seperti wan masih dengan kami. Namun bila melewati kubur, diri tersedar wan telah kembali kepada Pemilik sebenarnya. Wan, semoga wan sentiasa dirahmati Allah di alam sana. Hanya doa dan rindu menjadi pengubat kami.


Buat semua, salam aidilfitri. Mohon maaf andai ada salah silap. Semoga dengan perginya Ramadhan tahun ini, segala amal baik yang dilakukan juga tidak lenyap begitu sahaja. Terus kekalkan dan istiqamah dalam kebaikan. Dan, semoga diberi kesempatan bertemu Ramadhan akan datang insyaalah.

...semoga bertemu lagi di sana...

Malam Rabu, umi menelefon aku. Katanya wan sakit, sakit angin macam umi. Sebelum ini wan tidak pernah diserang angin sebegitu. Angin yang semacam berkumpul di perut, tidak boleh kentut mahupun sendawa yang menyebabkan ketidak selesaan pada badan. Mahu bernafas pun sedikit payah. Memang, memang sebelum ini wan tidak pernah sakit begitu. Hanya umi yang sering kali diserang angin sebegitu akibat salah makan, mahupun badan terlalu penat. Penyelesaiannya untuk sakit sebegitu, urutan di seluruh badan hingga ke kaki. Urut dengan minyak panas sambil berselawat. Selang sejam kemudian baru reda, itupun tidak sepenuhnya. Namun umi cakap, wan kena suntikan 2 jarum di klinik untuk melegakan sakit.

Keesokannya, pagi Khamis aku menelefon umi di pejabat bertanyakan perihal wan. Sudah pulih, cuma biasa la keadaan orang sakit. Mengerang kesakitan. Tambahan pula, wan berketurunan mamak. Makanya, raungan kuat berteriak sakit itu menjadi biasa. Keadaan wan sebegitu masih lagi menjadi bahan jenaka kami di pagi Khamis tersebut. Tetapi memang sudah biasa. Tok pun mengakui, orang mamak ni raungnya lebih dari sakit. Umi sempat mengatakan berpesan kepada Mad supaya dia pulang awal ke kampung untuk tengok2 kan wan.

Petang Khamis, aku beberapa kali menelefon Mad bertanyakan di mana dia. Sudah sampai ke rumah ke belum untuk bertanyakan keadaan wan. Tetapi, kata Mad ada beberapa urusan harus diselesaikan sebelum pulang. Maka, mungkin lewat petang baru dia akan sampai ke rumah.

Jam 5.45 petang Khamis aku mengemaskan meja untuk bersiap pulang dari pejabat. Setibanya di rumah, selepas memarkir kereta aku menghubungi Mad bertanyakan bagaimana keadaan Wan. Terkejut kerana dimaklumkan Wan tidak sedarkan diri dan doktor sedang memeriksa. Dan Mad berpesan akan menelefon aku semula memaklumkan keadaan sebenar. Dalam hati, berbelah bahagi sama ada mahu pulang ke kampung terus atau pulang selepas kerja hari Jumaat. Masih sempat menghubungi Cik S, dia berpesan supaya pulang sahaja kerana apa2 boleh terjadi. Tapi, hati masih belum dapat membuat keputusan yang muktamad.

Tepat jam 6.10 petang Mad menghubungi aku semula. Suara Mad tidak berapa kedengaran. Ia, tidak berapa kedengaran kerana Mad bercakap dalam sendu. "Wan dah meninggal!". Dan aku, terdiam tanpa sepatah kata dan terus mematikan telefon. Menangis aku sepuasnya!!! Aku insan biasa yang punya hati dan punya insan2 di dunia untuk disayangi! Wan pergi meninggalkan kami setelah dia baru sahaja menikmati usianya yang ke 86 tahun 3 hari. Al-fatihah aku sedekahkan kepadanya.

Aku bertolak pulang ke kampung bersama adik bongsu yang kebetulan berada di Penang untuk pertandingan nasyid peringkat universiti. Kebetulan sungguh kerana dia belajar di sungai besi dan sukar mendapatkan cuti secara tiba2. Banyak prosedur yang perlu dilalui sebelum dapat bercuti. Kebetulan, semuanya dirancang Allah dengan sebaik-baik perancangan. Pulanglah kami berdua ke kampung di malam Jumaat tersebut.

Setibanya di kampung, aku meluru masuk ke bilik dan melihat sekujur tubuh di atas katil. Aku tidak dapat menahan sebak dan menangis tanpa henti. Al-fatihah aku sedekahkan dalam sendu menahan tangis. Sejujurnya, aku tidak menyangka pemergian wan secepat ini. Menjadi rutin aku untuk pulang ke kampung setiap hujung minggu. Dan menjadi rutin juga untuk menjenguk tok dan wan setiap kali pulang ke kampung. Kebetulan Isnin lepas aku bercuti rehat kerana tiba2 merasa hendak bercuti lama di kampung. Dan isnin tersebut, hari terakhir aku bersalaman dengan wan. Buat kali terakhir aku mengucup tangannya.

Saat wan dikapankan, aku mencium wajahnya buat kali terakhir. Sejuk muka wan. Sesejuk tangan wan di hari terakhir aku mencium tangannya. Saat itu, baru aku tersedar wan banyak meninggalkan petanda sebelum kematiannya. Semasa tangannya kukucup buat kali terakhir, memang terdetik dalam hati aku sejuknya tangan wan saat itu luar biasa. Tetapi hanya dikuncikan sahaja. Sungguh, banyak petanda tetapi hanya aku sedari setelah wan tiada.

Petanda bagaimana wan bersungguh2 menyuruh aku memberikan 2 helai kemeja yang ditempahnya kepada che (datuk sebelah umi) dan che paklang (datuk saudara sebelah umi). Katanya kebelakangan ini asyik bermimpi mereka datang bertemu wan dengan tidak berbaju. Katanya lagi, tidak sedap hati kalau lambat2 memberi, takut tidak sempat.

Juga bagaimana mengidamnya wan untuk memakan laksa. Disuruhnya Mak Nah untuk tolong masakkan buatnya. Katanya bukan mengidam tetapi teringin sangat nak makan. Mak Nah dengan baik hatinya terus menyediakan kuah laksa keesokan harinya. Sungguh, setiap butiran ayat yang diucapkan aku terngiang2. Dan betapa puasnya wan dapat menikmati laksa tersebut dan beria2 menyuruh aku turut makan laksa tersebut.

Aku juga baru terperasankan di minggu terakhir aku melawatnya, dia seringkali bersendirian. Duduk di bangku depan dan temenung keseorangan. Selalunya wan akan duduk bersama aku di meja makan dan hanya memerhatikan aku. Bila ditanya, baru wan bercakap. Namun ada juga kadang2 dia bertanya dan aku menjawab. Cuma kali itu, lain dan luar biasa.

Malam itu, setelah kereta jenazah meninggalkan perkarangan rumah, abang baru tiba bersama kak ipar dan salsabila. Terdengar umi yang dalam tangis menyatakan pada makcik bahawa Kak ipar bercerita, sebaik nampak kereta jenazah tersebut, Salsabila melambai2kan tangannya sambil mengucapkan babai. Umi menangis mendengarnya. Dan aku, tidak mampu mendengar dengan lebih mendalam cerita tersebut takut tidak mampu menahan tangis. Namun cerita tersebut sudah mampu membuatkan aku menitikkan air mata buat ke sekian kalinya!

Wan, damailah wan di sana! Semoga wan baik2 saja di sana bersama lindungan Allah. Allah Maha Mengetahui, semoga amalan2 wan di dunia menjadi penyelamat wan di sana. Walaupun kita tidak dapat bersama menyambut Ramadhan kali ini, tetapi kami bersyukur dengan nikmat usia yang Allah kurniakan pada wan selama ini untuk bersama kami. Wan, kami redha dengan pemergian wan walaupun ianya mengejutkan. Kami juga akan ke sana juga satu hari nanti. Semoga kami bersedia untuk mengadapNya bila masa telah tiba. Al-fatihah............

...Sedih...

Kenapa hati rasa sangat sedih? Sedih yang teramat tapi tidak tahu puncanya. Tiba2 rasa seperti mahu menangis dengan sepuasnya tapi tiada daya untuk keluarkan air mata. Berdoa dan berharap supaya Allah temukan dengan Ramadhan akan datang kerana aku percaya di situ wujud ketenangan. Ketenangan yang luar biasa. Semoga aku juga mampu menjadi luar biasa dari yang biasa2 saja. Cuma, agak susah sedikit. Tak mengapa, yang penting ada niat dan usaha. Selebihnya bertawakkal kepada Nya. Yang penting, perlu mencuba untuk menangis dulu!

...sedekah...

Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat:ImamAhmad)

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Hadis2 di atas bercerita tentang kelebihan bersedekah. Sejujurnya, aku bukanlah dalam golongan yang rajin bersedekah dan agak memilih untuk bersedekah. Tetapi aku percaya pada satu perkara "What you give you get back". Tambah2 kalau sedekah diberikan saat kita kekurangan wang. Percayalah, kita takkan kehabisan rezeki dan akan sentiasa merasa rezeki itu cukup dan tidak berkurangan.

Bab sedekah ini biarlah urusan manusia dengan Allah. "Tangan kanan memberi sorokan tangan kiri derma bukan tontonan lakukan dalam sepi" Bersedekahlah kerana Allah bukan untuk tontonan orang ramai.

Cuma ada beberapa isu yang timbul berkaitan sedekah yang menyebabkan aku berasa tidak puas hati. Semuanya gara-gara peristiwa semalam ketika bersama umi pergi ke pasar malam. Bayangkan orang yang sedang berpusu-pusu hendak membeli barang, tiba2 berlaku 'jammed'. Bila diselidik, rupanya ada kotak2 yang diletakkan di tengah2 jalan. Kotak untuk mengisi derma. Bukankah menyakitkan hati apabila orang ramai terpaksa berlanggar2 sesama sendiri, bergesel lelaki perempuan semata-mata untuk melintasi jalan yang dipenuhi kotak derma? Bukankah sakit hati? Bukankah rasa hendak menyumpah seranah siapa yang bijak pandai meletakkan kotak derma di situ?

Begitu juga dengan kehadiran seorang pakcik tua yang sering menjadi pengunjung setia pasar malam itu. Sejak dia masih bergelar abang, hinggalah menjadi pakcik dia ada di situ. Atau dalam erti kata lain, sejak aku masih kecil sampai lah dah besar panjang dia masih di situ. Dulu, dia selalu mengusik2 orang perempuan minta diberikan derma. Sampaikan dia dimarahi oleh orang di situ tapi masih tak insaf. Aku pun naik hairan takkan la tak kaya2 lagi pakcik asyik minta derma. Apa salahnya cari lah kerja lain sementara kudrat masih ada. Cuci kereta pun boleh kan?

Satu lagi peristiwa yang terjadi semalam. Tatkala aku dan umi sedang menuju ke kereta setelah selesai membeli barang, tiba2 ada seorang lelaki menegur. "Makcik, ni ada duit jatuh". Oh rupanya not RM5 tercicir. Terus si lelaki tadi, "makcik saya nak mintak sedekah". Boleh pulak tiba2 ambil kesempatan. Sakitnya hati. Pandai ambil kesempatan!!

Entri ini bukanlah bertujuan untuk menggalakkan ketidaksukaan pada bersedekah. Sedekahlah, kerana itu mendekatkan hubungan kita dengan Allah. Bersedekahlah kerana itu boleh menghindarkan bala. Bersedekahlah kerana itu boleh membuatkan kita disayangi penduduk di dunia dan di langit. Tetapi, bersedekahlah dengan menggunakan mata hati. Kerana, tidak semua orang tahu dan faham apa ertinya SEDEKAH....