...Berburu ke padang datar...

Dapat rusa belang di kaki
Berguru ke palang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Dulu masa di sekolah rendah, aku bukanlah pelajar kegemaran mahupun pilihan guru.Sejak dari Darjah 1 sehinggalah ke Darjah 4, aku tidak pernah sekali pun dapat nombor 1 dalam peperiksaan, Well, you know la kan budak kecik, kalo bercakap pasal periksa mesti nak dapat nombor 1 je. Tambah-tambah kalau dia tu duduk di bandar atau pekan besar. Malu la kalau orang tahu dia tu tak dapat nombor 1. Tapi, bila naik Darjah 5 baru sempat merasa dapat nombor 1. Itu pun sebab budak yang selalu dapat nombor 1 pindah pergi Melaka. Tapi kena bersaing pulak dengan budak baru masuk. Takpe lah asalkan pernah merasa dapat nombor 1 pun dah cukup.

Aku mempunyai sedikit sahaja memori yang menggembirakan masa di sekolah rendah. Menjadi bukan kegemaran cikgu dan rakan-rakan. Entah kenapalah sebabnya. Mungkin yang pertama, aku ni tak comel,gemuk, dan hitam pulak tu. Berbanding kawan-kawan yang menjadi pilihan cikgu, diorang comel dan pandai. Yang kedua, mungkin kerana aku berstatus anak guru Penolong HEM. Siapa-siapa yang nak berkawan dengan aku mesti akan fikir banyak kali. Dalam banyak situasi, akulah yang perlu berusaha lebih dan agresif untuk mendapatkan kawan. Sebab itu, bila dah besar macam ni aku susah nak contact kawan-kawan sekolah rendah sebab diorang buat sombong. Aku je yang kena terhegeh nak call atau sms. Kalau aku tak start dulu, memang sampai bila la tak contact. Tapi still ade beberapa yang mulakan untuk berhubung dengan aku. 1,2,. Mungkin 2 orang sahaja kot yang mulakan dulu. Dua-dua kawan lelaki. Tapi sekarang dah lost contact balik sebab henpon kena curi dulu.

Bercakap pasal memori sekolah rendah, sampai sekarang aku masih mengingati seorang cikgu ni. Cikgu lelaki praktikal yang mengajar aku subjek Kajian Tempatan. Berasal dari Johor. Berumur awal 20-an semasa mengajar aku di Darjah 5. Orangnya baik, 'soft-spoken'. Ummi selalu mengajak dia dan rakan-rakan datang makan di rumah. Setiap kali kalau balik sekolah, mesti motor dia akan berada di belakang kereta abah sampai la kami membelok masuk ke taman perumahan barulah dia pergi. Itupun mungkin dalam sekali dua je dia memecut dulu ke hadapan. Mungkin emergency agaknya.Apa yang paling penting dalam dirinya, dia adalah seorang guru yang tahu menghargai anak murid. Mengajar anak murid tanpa rasa 'bias' sebab semuanya adalah sama. Betul, dia seorang yang sangat baik. Malangnya dia hanyalah ckgu praktikal. Bila cukup setahun dia pun berpindah ke Johor. 

Aku masih ingat setelah dia pulang ke Johor, aku mendapat surat dari dia yang dikirimkan ke sekolah. Aku terharu dan berbangga sebab dia masih ingatkan aku yang gemuk dan hitam ini. Kanak-kanak kan, biasalah gembira dapat surat. Tambah-tambah surat dari orang yang baik. Mesti akan rasa sangat dihargai. Aku masih ingat dia bercerita tentang keadaan dia di sekolah baru, terpaksa menaiki traktor ke sekolah kerana kawasan bertanah merah. Dia juga tidak lupa untuk berterima kasih atas layanan ummi dan abah kepada dia dan rakan-rakan sepanjang berada di sekolah lama.Terharu,memang terharu! Tapi, surat itu tidak pernah aku balas sebab masa kecil, selalu fikir main lagi penting dari balas surat cikgu! Kalau dah tulis surat nak balas pun, mesti terlupa  nak pos. Malang betul! Dan cikgu pun tidak pernah lagi mengutus surat sejak hari tersebut.  

Ada juga memori tentang cikgu yang aku tidak berkenan. Peristiwa aku tidak didenda kerana tidak siapkan kerja sekolah Matematik sedangkan rakan yang lain kena denda berdiri atas kerusi. Peristiwa itu menyebabkan tiada kawan mahu berkawan dengan aku, kerana cikgu bersikap 'bias'. Mungkin kerana status aku anak guru Penolong HEM. Ada juga cikgu yang aku temui setahun lepas, tidak langsung mengingati aku. Diberi 'clue' beberapa kali pun gagal mengingati aku dengan baik. Tak mengapalah sebab mungkin dia ramai anak murid yang perlu diingati. Tapi hati kecil tersinggung kerana terjumpa facebook nya menegur seorang senior sekolah dulu bertanyakan perihal diri. Ya, senior tersebut memang cantik dan pandai!

Terima kasih guru atas ajaran dan memori yang diberikan. Sesetengahnya akan sentiasa terpahat di dada, dan biarlah sesetengahnya lagi dihapuskan terus dari ingatan. Bukan mahu menjadi manusia bongkak mahupun kacang lupakan kulit, tetapi aku  bukanlah manusia sempurna. Ada kekurangan dan ada perasaan. Benarlah kata orang, amalan yang baik kita lakukan pada orang akan sentiasa dikenang. Begitulah putaran roda. Biarlah jasa baik kalian, Allah membalasnya melalui titipan-titipan doa aku yang tidak putus menyebut nama kalian, guru-guru. Terima kasih dan Selamat Hari Guru!