Ramadh,panas ertinya.Berpuasa di bulan Ramadhan,suruhan Allah kepada hamba-hambaNya,agar di penghujungnya kita mencapai darjat taqwa. Taqwa bukanlah perkara yang mudah untuk diperoleh.Setakat berlapar dahaga di siang hari,belum tentu menjanjikan taqwa.Taqwa dalam erti kata yang mudah bermaksud takutkan Allah..Justeru,bagi seseorang mencapai martabat taqwa bukanlah perkara yang mudah.Tapi bukankah Allah telah janjikan,dengan berpuasa,seseorang boleh mencapai darjat taqwa.
Solat pula,Allah janjikan seseorang itu boleh menghindarkan diri dari melakukan perkara keji dan mungkar.Begitu juga kewajipan zakat,dapat mensucikan diri dan harta.Prinsipnya mudah,setiap suruhan Allah itu ada hikmahnya.Dan kita yang melaksanakan semua perintah tersebut,hendaklah bersabar dalam menunaikannya,dan galilah hikmah yang tersembunyi.
Kata Allah dalam hadis qudsi,"Aku mengikut sangkaan hambaKu".Bila diuji,bagaimana sikap kita menghadapinya.Bila diberi nikmat,bagaimana kita zahirkan rasa syukur. Semuanya Allah tahu dan lihat.
Malaysia,kau dalam doaku.Saat diuji mahupun dipuji,hadirkan rasa kehambaan bahawa tiada satu pun kita punya.Hanya pinjaman yang akhirnya akan dipulangkan kepada yang berhak.Kita sebagai pemegang amanah dan peminjam,akan disoal kelak bagaimana urusan kita mengendalikannya. Akhirnya,semua akan dipulangkan kembali apabila tiba masanya.Persiapkan diri!!!
5 Bisnes Digital Kos Rendah yang Boleh Dicuba oleh Lepasan Universiti
3 bulan yang lalu