...bertudung: pilihan vs paksaan?...

Sebulan yang lalu, aku berbalas sms dengan rakan sepejabat. Pada asalnya kami bercadang untuk tinggal serumah, mencari rumah untuk didiami bersama. Walaupun perancangan tersebut telah giat dilakukan sejak hujung 2011, akhirnya kami ditakdirkan untuk tidak bersama juga. Dia sudah pun mendapat rumah sewa baru bersama kenalan lamanya dan aku masih menetap di rumah yang sama. Aku sendiri telah menetapkan syarat padanya sekiranya suatu hari nanti dia berniat untuk tidak meneruskan hasrat mencari rumah dengan aku, she is free to make her own choice. Aku pun tidak kisah asalkan masing-masing bahagia. Tapi, perancangan Allah ternyata indah. Rumah sewa barunya berdekatan sangat dengan rumah sewa aku. Alhamdulillah.

Sedang rancak bersms dengannya, aku berseloroh. "Lepas ni boleh la ko bgn lmbt pegi keja,dulu kena bgn pagi2 buta drive jauh nk sampai ofis". Dia membalas, "sebelum ni pun bangun awal nak solat awal. maklum la, nak cover dosa tak bertudung ni". Aku terdiam dan aku membalas, "baguslah, ade niat berubah ke arah yang lebih baik". Walaupun balasan untuk sms itu membuatkan aku terfikir berpuluh kali, aku bertawakal mudah2 an kata2 aku tidak mengguris hatinya. Dia sekadar menjawab ringkas, "thanks babe".

Aku melihat situasi ramai perempuan islam, sedar kewajipan bertudung tapi sengaja melengahkan tuntutan suruhan Allah tersebut. Ada yang berpendapat mulakan dengan selendang, nampak jambul dulu sikit2, bila rasa dah selesa baru pakai tutup semua rambut. Kalau rasa tak boleh 'go on', tak payah pakai langsung. Nanti takda la orang nak mengata, "hangat2 tahi ayam je konon nak pakai tudung". Ataupun langsung tak pakai, nanti dah sampai seru, pakailah.

Malah tidak keterlaluan, ada individu sebegini memohon 'keadaban dan timbangrasa' orang ramai supaya memahami 'penghijrahan' yang hendak dilakukan. Dari yang tidak bertudung ke pemakaian tudung secara lengkap bukanlah satu jalan yang mudah bagi mereka yang tidak pernah diadun dengan cara berpakaian secara islam sepenuhnya. Ada yang menganggap ia satu kesusahan hatta berlaku pembaziran kerana sebelum ini duit tidak perlu dihabiskan membeli tudung.

Persoalannya, memakai tudung atau secara spesifiknya menutup aurat ini satu pilihan atau paksaan?. Bila rasa hendak buat, buatlah. Kalau tak nak buat, tak payah buat. Ataupun, no matter what, u have to do it!

Perintah kewajiban menutup aurat diterangkan dengan jelas dalam Al-Quran melalui surah An-Nur. Allah tidak menyebut, "tatkala kamu rasa nak pakai tudung, pakailah selendang dulu, nmpak jambul sikit2 lepas tu pakai la tudung dengan sempurna". Tapi perintah Allah dengan jelas menerangkan,"Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita mukmin) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga menutupi belahan leher baju mereka". Dalam erti kata lain, "labuhkanlah tudungmu ke paras dada" dan "jangan tunjukkan aurat kamu selain dari yang biasa nampak iaitu muka dan tapak tangan". Hadis nabi juga banyak mengatakan tentang kewajipan menutup aurat. Jelas bukan? Diterangkan awal2 mana aurat, mana bukan aurat. Semuanya ada dalam Al-Quran dan Sunnah. Rajin dengan malas nak belek je.

Jadi, rakan2 semuslimah yang belum bertudung, segeralah bertudung sbb ia tidak datang dengan pilihan , tetapi kewajipan. Tatkala kamu berdoa mohon Allah berikan kehidupan yang sempurna buat kamu, tanpa berkira Allah anugerahkan kepada kamu pekerjaan yang baik, keluarga yang harmoni dan kehidupan yang menyenangkan. Tiada sedikit rasa 'kejam dan dengki' Allah wujud pada kamu walaupun 'permintaanNya' kamu lewat tunaikan.

Usahlah berkira untuk jadi hamba yang baik dan tahu bersyukur atas kurniaanNya. Sempurnakan hak Allah walaupun kita tahu kalau kita tak buat pun Dia tetap teguh berdiri dengan zatNya. Sikit pun Allah tidak terjejas dengan perbuatan yang kita lakukan, namun susah sangatkah untuk menjadi seorang hamba yang tahu berterima kasih pada tuannya??? Dan selalu tanamkan dalam hati, Dia Yang Maha Mengetahui lebih dari segala2nya.