...memasak...

Aku percaya, memasak adalah bakat semulajadi seseorang. Ada orang yang masuk kelas memasak, ditambah dengan kebolehan yang dia ada memang menjadikan die seorang yang pakar memasak. Ada orang yang tak sedar pun die sebenarnya pandai memasak. Bila masak ,campak2 je bahan dalam kuali tapi bila ada orang puji sedap baru dia perasan die berkebolehan untuk memasak. Ada orang pulak pulun untuk cuba masak bermacam2 cara tapi hasilnya, menyedihkan. Sebab dia kurang skill tapi at least die mencuba.

Melalui masakan, boleh pikat hati seseorang. Contoh si gadis nak ambil hati bakal mertuanya, mesti akan menunjukkan dia pandai masak. Tapi zaman sekarang ni aku rasa keluarga mertua dah tak heran menantu dia pandai masak ke tak. Janji duit berkepuk dan cantik. Kalau malas masak, cari je kedai makan. Tak payah susah2 nak renyah kat dapur.

Walauapapun , aku lebih mengkagumi masakan yang dimasak menggunakan dapur rumah. Tok dulu tukang masak dan pernah membuka kantin di zaman mudanya bersama wan. Kami adik beradik pun membesar dengan masakan tok. Kadang2 masa zaman belajar dulu, aku teringat2 kari dengan acar buah tok. Sungguh sedap. Umi pun apa kurangnya. memang hebat memasak. Tapi sayangnya, aku tak dikurniakan kebolehan sebegitu. Masakan yang aku masak biasa2 aje. Sekadar boleh hilangkan kelaparan perut.

Kalau adik aku yg no4 tu balik bercuti, memang giliran memasak akan dipindahkan kepada dia. Aku bila melihat ikan, dalam fikiran aku hanya boleh digoreng ataupun dimasak kari. Tapi pada dia, ikan boleh dimasak pelbagai resipi yang aku sendiri pun tak pernah terfikir. Mungkin kebolehan memasak dari tok dan umi dia yang serap lebih banyak dari aku! Tapi sebenarnya beruntung juga sebab sekurang2 nya aku boleh buat alasan untuk malas ke dapur....