...kisah pertama...

"Meskipun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hatimu
Tatkala kau lagukan
Lagumu lagu sedih
Perjalanan hidupmu
Ditinggal kekasihmu"

Allah mencipta setiap orang berbeza satu sama lain. Ada orang yang kita boleh tafsirkan dia seorang yang bagus bila pertama kali berjumpa. Berharap untuk bertemu dengannya lagi di masa akan datang kerana terpengaruh buat kali pertama dengan kebaikannya. Ada orang lain pulak, masa mula2 jumpa, senyum pun susah.Muka tersangat la masam sampai dikatakan urat senyumnya dah tak berfungsi. Masa itu, berdoa sepanuh hati untuk tidak bertemu dengan dia dah sampai bila2.

Tapi bila Allah aturkan lagi pertemuan untuk kesekian kalinya dengan orang2 ini, ternyata berbeza. Dia yang mulanya dianggap baik, rupa2nya hampa. Kebaurukan terselindung di sebalik kepura2an. Teringat firman Allah yang menempelak orang2 beriman supaya tidak mengatakan sesuatu kepada orang lain padahal dia sendiri tak buat apa yang dikatakan. Cakap berapi2 konon dialah jaguh, hebat, tahu segala2nya. Tapi sebenarnya, satu pun dia tak buat.

Dia yang pada mulanya terasa sungguh menjijikkan dan memualkan, akhirnya menjadi seseorang yang boleh meninggalkan kesan di hati bila memberi nasihat. Sungguh, sangat berkesan dan membuatkan aku berfikir mendalam! Tidak sama langsung dengan apa yang aku fikirkan pada pertemuan pertama. Perasaan menyesal mula menebak diri kerana langsung tidak berikan peluang padanya untuk tonjolkan dirinya yang belum dilihat aku.

Mungkin salah diri sendiri kerana terlalu cepat menilai peribadi seseorang. ANdai diberi umur yang panjang, belum tentu cukup untuk menilai kebaikan dan keburukan seseorang. Hatta sampai mati pun kita belum pasti apa peribadinya yang sebenar. Yang penting, teruskan bersangka baik dengan manusia kerana itu ajaran Allah.