...gentar untuk esok...

Di sebalik jeriji besi penjara itu banyak tersimpan kisah suka duka manusia. Perjalanan yang perlu ditempuh melalui kawasan ladang kelapa sawit dan ladang ternakan ayam, menggambarkan rasa seram dalam hati. Sinonim seperti tempat kejadian pembunuhan kejam yang menimpa arwah jutawan tanahair. Tapi rasa gerun itu tidak sehebat getaran yang melanda dalam diri penghuni penjara itu. Rasa takut, takut dan takut dengan masa depan yang belum pasti. Mungkin esok masih mampu menghirup udara pagi. Mungkin esok sudah dibawa pergi. Siapa yang tahu?

Kisah seorang gadis muda yang dituduh di bawah seksyen 302 begitu memberi kesan pada aku. First impression, aku melihatnya begitu innocent dan kurang bercakap sehingga hampir tidak percaya dengan kesalahan yang ditanggungnya. Membunuh! Apa yang lebih mengejutkan, dia membunuh jasad yang tidak diberi peluang langsung untuk menikmati keindahan dunia. Dipam di dalam mangkuk tandas ketika berusia 7 bulan! Bunyinya sungguh kejam tetapi kenapa gadis itu langsung tidak menitiskan air mata ataupun berkongsi sebak ketika bercerita. Hanya seyum dan ketawa kecil yang disedekahkan pada aku. Kenapa sampai begitu sekali? Alasan tiada niat yang diulang berkali2. Bukan aku yang mampu menilai apa niatnya tetapi cukuplah perbuatannya menjadi juri untuk menilai apa niatnya.

Kisah si isteri yang terpaksa meringkuk penjara kerana menanggung kesalahan suami. Di situ aku belajar apa erti kasih sayang yang sebenar. Sayang dan cinta bukan bermakna berkorban untuk mereka yang disayangi sehingga diri sendiri terkorban tetapi sentiasa mempertahankan dan memimpin mereka untuk bersama2 mengharungi hidup. Pada aku itu lebih mulia supaya tiada siapa yang terkorban akhirnya.

Begitu juga kisah si anak yang meringkuk di penjara bersama si ibu. Si anak langsung tiada perasaan curiga apabila ibunya mendeposit wang ke akaunnya sebanyak RM 20,000 secara tiba2. Sangkaannya mungkin hasil jualan barang kerana mereka orang punya wang. Rupanya wang hasil jualan senjata api! Si anak yang mengandung ketika itu melahirkan anak di penjara sehingga diambil oleh suaminya untuk dipelihara dengan lebih baik. Dia, si ibu muda yang berjauhan dengan anak yang masih kecil lantaran menanggung kesalahan orang tuanya!

Benar! Penjara itu menyimpan seribu satu kisah anak Adam. Ada yang dianiaya tanpa rela, ada yang dianiaya kerana terpaksa dan mungkin ada yang terpaksa kerana tidak punya pilihan. Apa pun cerita dan alasan mereka, aku pasti ini adalah satu ujian buat mereka kerana mereka mampu menanggung semua ini. Kerana janji Allah itu benar dan pasti. Dia tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak terdaya ditanggung. Cuma mereka perlu berfikir dan insaf dengan setiap hikmah di sebalik yang terjadi. Kerana aku yakin andai mereka tidak bahagia di dunia, mereka pasti bahagia di alam sana jika taubat menjadi pilihan mereka!