...kisah kedua menyusul...

Kalau kita benar2 hayati maksud surah al-fatihah setiap kali membacanya, hati pasti tersentuh bila mengetahui salah satu sifat Allah. Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Berapa banyak nikmat yang Allah berikan pada hamba2nya tanpa mengira apa anutan dan kepercayaan mereka.Lelaki mahupun perempuan nikmat Allah tiada batasan. Apatah lagi Muslim mahupun kafir, Dia tetap tidak memilih. Begitu banyak nikmat dan rezeki yang Allah taburkan atas muka bumi untuk dikutip oleh manusia. Sesiapa yang bersyukur, beruntung lah dia kerana Allah redha dengannya. Kepada yang tidak bersyukur, Allah masih tetap lebarkan rahmatnya kerana Pengasih adalah sifatnya yang kekal.

Aku bersyukur kerana ditemukan dengan orang2 yang baik di sekeliling aku. Orang yang aku boleh harapkan untuk hulurkan sedikit pertolongan tatkala aku terkapai2 kelemasan. Orang yang tidak mengira warna kulit, jantina, bangsa mahupun agama bila menghulurkan pertolongan pada aku. Segalanya dilakukan atas dasar kemanusiaan. Betapa indahnya rahmat Allah bila melebarkan kasih sayang sesama manusia bertepatan dengan firmannya supaya manusia berkenal2an sambil menegaskan bahawa orang yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa. Mudah bukan? Tolong menolong dalam melakukan kebaikan walau bukan sesama Muslim tetap dipandang tinggi dan dipuji agama. Apatah lagi saling membantu sesama Islam!

Aku percaya mendapat kawan yang baik adalah satu rezeki. Petanda bahawa Allah sayangkan hambanya.Manakala bertemu dengan orang yang kurang sempurna pula adalah satu anugerah. Petanda bahawa Dia juga sayangkan kita dengan cara kita perlu diuji terlebih dahulu sebelum dianugerahkan yang lebih baik. Semuanya terpulang kepada diri sendiri mahu fikir yang bagaimana. Menjadi manusia yang tahu bersyukur ataupun menjadi seorang yang lebih suka merungut.

Aku berdoa supaya sebelum kehabisan umur, aku telah pun bahagiakan orang2 yang berjasa dalam hidup aku. Membalas kebaikan mereka walau aku yakin mereka tidak minta dibalas. Cukuplah supaya Allah izinkan aku untuk menyenangkan dan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk mereka kerana kasih sayang yang mereka berikan pada aku terlalu banyak untuk dihitung!