...yakin itu ajaib...

Bangun pagi hari ni, umi mengajar aku satu benda yang sangat tak ternilai!!!

Begini ceritanya:

Mesin basuh di rumah sudah beberapa hari hilang fungsinya. Tidak lagi dapat mencuci pakaian kotor di dalamnya,tidak dapat berpusing dan akibatnya banyaklah baju kotor berlonggok tidak berbasuh. Hampir seminggu mesin tersadai begitu sahaja. Aku pulang ke rumah hari jumaat dengan membawa baju kotor untuk dicuci mesin tetapi nampaknya terpaksa ditunda. Pagi sabtu aku bangun pagi dengan harapan untuk merajinkan diri mencuci pakaian cara manual. Duduk bercanggung dalam bilik air dan menyental baju sambil bereksesais.Tapi, entah kenapa tahap kemalasan sangat meninggi dan menebal. Akhirnya baju dibiarkan sahaja dan berharap untuk menangguhkan membasuh pakaian ke minggu hadapan!!!(^-^)

Malam semalam, umi dah bercadang untuk pergi ke Baling pagi ni untuk mencari mesin basuh baru. Dan aku sudah bersedia untuk menyumbangkan sedikit wang untuk membeli.Umi siap berpesan supaya aku bangun pagi untuk pergi mencari mesin basuh baru bersama. Mesin yang lama mahu dihantar untuk dibaiki. Nanti bila dah siap dibaiki, ada 2 mesin basuh di rumah. Boleh bergilir2 bekerja untuk tuan rumah.

Tapi, bangun pagi tadi untuk solat subuh terdengar seperti mesin basuh sedang bekerja. Bertanya pada umi, dah boleh guna mesin???

Ini jawapannya: 'umi bangun pagi solat subuh.umi doa kat Allah, kalau duit yg umi nak beli mesin baru tu mmg rezeki utk umi, tak payah beli mesin baru dah. Umi baca Quran dulu pas solat. dah siap tu, umi pi kat mesin godek2 sikit sambil baca doa. Sesungguhnya Allah Mengetahui dari kami yang tidak mengetahui. Kemudian, dua kali umi cuba dengan izin Allah mesin pon dah boleh gerak'.

Ajaib kan?Tapi percayalah keajaiban itu wujud bila kita yakin dengan Allah.Kerana bila kita yakin denganNya, tiada istilah mustahil. Sebab itu Nabi pernah bersabda yang maksudnya doa seorang hamba tidak akan dimakbulkan sekiranya dia berdoa dalam keadaan hatinya tidak bersungguh2 dan yakin.Jadi kawan2, mari kita berdoa dengan penuh kesabaran dan keyakinan kepada Nya!!!