...dia senyum bila gembira...

Apalah perasaan wan, tok, tok yah ngan tok ji bila melihat salsabila, cicit mereka yang sulong. Sudah 2 generasi mereka lihat pembesaran. Anak2 dan cucu2. Bila tiba saat cicit lahir, mesti mereka rasa sangat gembira masih diberikan peluang untuk melihat cicit membesar. Macam2 perangai yang cicit buat dikaitkan dengan anak dan cucu. Si cicit suka melompat, bermuka serius, sedikit penakut bila menaiki kereta tinggi persis abahnya waktu kecil. Si cicit suka hisap jari macam tok cik nya dulu2. Si cicit membesar dengan badan yang sihat dan bulat macam pakcik2nya. Si cicit begitu ,begini ,semuanya dikaitkan.

Mereka sudah puas merasa pahit manis hidup. Ketika mudanya, bersengkang mata membesarkan anak2. Bila anak2 sudah berkahwin, kegembiraan dihadiahkan dengan anugerah cucu. Dan kini, mereka mahu merasa bagaimana perasaan bila adanya cicit biarpun diri semakin uzur. Kegembiraan itu biarpun sedikit, namun bererti bagi mereka.

Seronok bila dapat tengok riak wajah mereka dengan kehadiran si cicit. Allah telah anugerahkan mereka rezeki umur yang panjang untuk sempat melihat si cicit. Allah juga anugerahkan si cicit bersama kegembiraan yang tak ternilai. Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah.