...sorotan seminggu...

1) Mendapat pengalaman kendalikan kes dadah bagi pihak legal aid.3 orang dituduh memiliki dadah.Buat persediaan last minit.Hari selasa bicara,hari isnin baru terhegeh tulis surat minta charge sheet dari court.Terima kasih kepada cik zoo yang bagi contoh surat minta charge sheet.Hari isnin datang court bersama encik loyar.Datang dengan muka konfiden sebab macam nak cakap pada court nak tangguh kes sebab charge sheet belum dapat.Tapi bila kes dipanggil,interpreter pun hulur charge sheet.Gelabah puyuh aku tapi encik loyar cool je.Tibe cik pendakwa bangun dan cakap,kes ini ditarik.Maka tuan majistret mengeluarkan hukuman 'kamu bertiga dilepas tanpa dibebaskan'.Aku sendiri tidak pasti reaksi muka aku sebab aku melihat tuan majistret memandang aku pelik.
---> Benar kata encik H, Allah tak selalu bagi kita keajaiban.Tapi bila dah dapat peluang tuh,pandai2lah bersyukur Dan hargai ia.

2) Mendapat pengalaman kendalikan interview dengan klien2 di Pusat B Guaman.Seronok sangat bila dapat sembang dengan orang dan tahu masalah diorang.walaupun tak dapat tolong secara material tapi berharap dengan kesudian kita mendengar luahan hati mereka dapat kumpul amanah saham kite di akhirat kelak.Baru sedar betapa ramai orang yang alami masalah yang lagi berat dari kita.Betapa ramai lagi orang lain dianiaya di luar sana.tapi kita masih mengeluh fikirkan duit belanja tak cukup2.
---> Benar kata Miss K,rase kesian pada mereka yang dalam kesusahan.Kadang2 tak sampai hati nak susahkan mereka.

3) Dalam profesion ni, mesti akan jumpe dengan orang yang berlagak.Tapi aku bukan jenis yang dapat mengenal pasti seseorang tu sombong ke tidak sampailah ade orang beritahu aku org tu memang sombong.Mungkin aku jenis lurus bendul.Percaya pada orang dari segi luaran dengan mudah.Senang membuat kesimpulan berdasarkan luaran.Oh, ini bukanlah gejala yang sihat!!!
---> Benar kata Miss S,zaman sekarang jangan mudah percaya orang.Nampak je ok,tapi kadang2 ada la tuh maksud tersirat.

*************TAMAT**************

Ini pesanan aku kepada orang yang memandu waktu malam.Korang tolonglah jangan pasang lampu tinggi kalau ade keta kat depan.Susah tau nak kawal keta bila berhadapan dengan lampu tinggi dari org tak bertanggungjawab.Rase macam nak lempang je kalau dapat jumpe.Takpun nak je doa dalam hati biar org yang berperangai begitu accident.Geram la weh!!Tak belajar undang2 ke mase ambik kelas memandu?Menyusahkan orang lain je.ARRrrrrrrghhhhhh.......