...simpang di hadapan,sila berhati2...

Betul kan kata orang?Kalau kita buat sesuatu kerana minat,semuanya akan dihadapi dengan gembira.Kerana minat, kita sanggup buat kerja yang gajinya ciput.Kita sanggup jadi kuli batak pada bos.Kita sanggup hadapi risiko pergi mana2 drive sorang.Kita sanggup buat bodoh dengar orang lain kutuk kita.Kita sanggup balik lambat dari ofis sebab nak habiskan kerja.Kita sanggup tolak kerja yang lebih baik dari sekarang.Semua kita sanggup sebab kita minat.

Tapi kita tau,minat kita kadang2 akan menyebabkan hati seorang ibu risau.Risau anak daranya balik ofis lambat.Ke sana sini seorang diri.Buat kerja yang kadang2 melepasi tata susila seorang anak gadis.Hati ibu yang sentiasa risau anaknya ada banyak kerja di ofis.Sentiasa memikirkan bagaimana anaknya hendak survive dengan suasana kerja yang mencabar.Risau tentang semua perkara.

Tapi si anak,hanya memikirkan tentang minatnya.Kata2 ibu kadang2 tidak diendahkan lantaran minatnya yang mendalam pada kerjanya.Semuanya dipandang ringan.Semuanya diambil mudah.Si anak lupa jauh di sudut hati si ibu ada rasa terkilan.Terkilan dengan sikap si anak yang mendahulukan kata hati dan minatnya melebihi nasihat seorang ibu.Adakah ini dianggap derhaka??

Ya Allah,andainya diri ini melukakan hati ibunya ampunilah diri ini.Temukan diri ini dengan kekuatan dan cahaya hidup yang Engkau redhai.Berikanlah dan tunjukkanlah apa yang terbaik untuk diri ini dan orang di sekelilingnya.Diri ini hanya mampu berfikir apa yang terbaik berdasarkan anugerah akal yang Engkau berikan.Namun kehebatan Mu mengatasi segalanya.Engkau yang lebih Mengetahui jalan mana yang terbaik untuk hambaMU.Jalan ke utara mahupun jalan ke selatan????