...andainya aku bertanya padamu tentang bahgia...

"lautan mana yang tidak bergelombang
bumi yang mana tidak ditimpa hujan"

Seorang rakan menceritakan perihal dirinya yang agak tertekan lantaran kawannya mendapat pekerjaan tetap berdekatan rumah beliau.Sedangkan beliau masih lagi berstatus pekerja kontrak.Apa yang boleh aku nasihatkan, 'sabarlah rezeki belum sampai.Insyaallah sampai masa kita ada la'.Betul kan?Kalau rezeki kita mendapat sesuatu tiada apa yang dapat menahannya.Tapi kalau sudah tertulis bukan rezeki kita,bersabar dan teruskan bersabar.Berdoa selalu mudah2an rezeki kita akan sampai tepat pada masanya.Tapi,sejauh mana kita boleh menghadapi situasi begini dengan fikiran yang positif?Ada juga terfikir,kenapa dia yang dapat kerja tu bukan aku?

Sebagai manusia,normal la untuk kita fikir macam tu.Mesti ada jugak bisikan nakal yang berunsurkan cemburu pada orang lain yang mendapat sesuatu kejayaan.Sedangkan kita hanya mampu tersenyum dari jauh menahan hati yang hiba.Tapi, dahulukan iman dan akal di hadapan.Berfikir positif sentiasa.Ada rezeki untuk kita suatu masa nanti.Cuma perlu usaha dan terus berusaha.Rezeki yang terbaik bukanlah yang kita harap untuk dapat.Tapi rezeki yang terbaik terselindung di sebalik rahsia Yang Esa.Kita yang harus merungkainya.Apa yang kita dapat itulah yang terbaik.Yakinlah dengan aturan Ilahi kerana Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Seperti aku,insyaAllah aku yakin apa yang Allah takdirkan untuk aku itulah yang terbaik.Bertahun2 Allah berikan aku kenikmatan hidup dunia.Mengapa perlu aku bersedih atas dugaan Allah sedangkan Dia melebarkan nikmat dan rezeki Nya pada aku sebelum ini sudah cukup menjadi kenangan yang terindah.Mudah2an dengan ujianNya menjadikan aku lebih mengenaliNya dan tidak lupa padaNya.Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah.Benarkan???

"Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara,
Lupakan kisah nan lalu,
Teguhkan tugu imanmu,
DOAKU BUAT KEKASIH"