...tiga itu sama dengan 3...

Hari ini genap blog ini berumur 3 tahun.Kalau kanak2,umur sebegini boleh la dikatakan kanak2 yang sedang berkembang minda dan fizikalnya.Apa yang dipelajari mudah dihadam dalam ingatan.Banyak benda baru yang dipelajari dari ibu bapa dan alam sekeliling.Bercakap pun mungkin dah fasih sikit.

Blog ini pun macam tuh jugak.Masih sedang berkembang dan kadang2 terbehenti berkembang.Bukan sebab apa.Cik empunya blog ni pun sedang berkembang.Tak sempat nak kembangkan blog sendiri plak.(o-O)..Entri pertama blog ini adalah tentang ucapan penghargaan kepada encik pzin kerana telah berjaya membuka hati aku untuk menulis blog.Bukan senang nak ajar aku yang lampi giler ni.Tapi,apa2 pun berjaya jugak aku menghasilkan blog dan ini sudah merupakan entri yang ke 147!Ok la tu kan?Not bad kata orang puteh.

Semalam bertemu k.ji di alam maya.Katanya,"awak tak nak jadi penulis ke?" lantaran tertarik dengan satu entri aku.tapi aku menjawab :segan.Apetah yang nak disegankan aku pun kurang pasti.Tapi menjadi penulis bukanlah cita2 aku sebab aku pernah terbaca di blog FT yang cakap utk jadi penulis seseorang kenalah membaca,membaca,membaca dan menulis.Aku ni membaca untuk sekali pun tak lepas.Ni kan plak nak membaca banyak kali.kang ape yang ditulis jadi merepek pulak.Tak pasal kena gam..

Jadi aku beranggapan,biarlah blog ini menjadi begini sahaja.Aku tulis di saat mahu menulis.Aku biarkan ia bersawang andai penyapu sawang takde nak tolong buangkan.Boleh kan k.ji???heheheh

--->Petang ini insyaallah akan berhijrah ke suatu daerah.Mencari pengalaman baru dan kehidupan baru.Semoga pilihan yang dibuat adalah betul dan Allah permudahkan segalanya.Doakan!