...alif lam lam ha...

Aku ni bukanlah seorang yang gemar menulis bahan2 yang berilmiah dalam blog ni.Apa yang ditulis di sini hanyalah luahan perasaan yang entah ape2 je..Kalau ade student L*A*W yang nak cari bahan2 informasi dari blog ni,anda dah tersalah tekan blog.Memang takkan jumpe citation kes,statute segala bagai dalam ni.Kalau sekadar nak cari tempat merilekskan diri setelah tension membaca bahan2 yang berat,kat sini pun bukan tempat anda.Habis tu ni tempat ape??Owh,ini tempat untuk rama-rama berterbangan riang ria!!!!!(o-O)

Tapi hari ni rasa macam nak mengomen sikit pasal isu kebenaran menggunakan kalimah Allah yang diputuskan Mahkamah Tinggi semalam.Gereja Katolik dibenarkan secara legal untuk menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.Aku berpendapat secara peribadi apa yang diputuskan oleh mahkamah ini adalah betul kalau dilihat secara am.Sesiapa pun berhak menggunakan nama Allah.Mungkin pendapat seorang pendemontstrasi semalam dalam tv yang mengatakan kalimah Allah hanyalah eksklusif untuk orang Islam pada aku tak betul.Allah Tuhan Sekalian Alam.Itu memang tak dinafikan!Dan aku yakin semua orang tak kira agama apa pun pasti mengakui Allah itu Tuhan yang Esa.

Kenapa perlu kita cakap Allah hanya untuk orang Islam.Adakah kalian ketahui bahawa orang kafir itu mereka perlu menunaikan segala kewajipan seperti orang Islam macam solat,puasa,zakat dan macam2 lagi??Tapi ada sesuatu yang menghalang mereka dari melakukan perbuatan tersebut.Apa dia???Kekafiran mereka itulah yang menjadi penghalang.Jadi,untuk membolehkan mereka melakukan perkara2 tersebut,lafaz syahadah perlu ditunaikan terlebih dahulu.

Pada aku secara prinsipnya ape yang diputuskan oleh mahkamah dah betul.Tapi kita jangan lupa tentang satu perkara yang sangat penting,tentang aplikasi undang2 tersebut.Adakah sesuai kita laksanakan di Malaysia?Dan pada tahap ini aku berpendapat dengan mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah.Sebabnya bukan kerana ia adalah eksklusif untuk orang Islam tetapi melihat kepada kesan yang akan berlaku dari penguatkuasaan undang2 tersebut.

Negara kita berbilang kaum dan agama.Sekiranya semua orang dibenarkan menggunakan kalimah allah sesuka hati pasti akan timbul kekeliruan.Orang ramai akan mula tertanya2 kenapa nama Allah ada dalam majalah yang bukan beraliran Islam.Adakah Tuhan yang disembah oleh orang bukan Islam itu sama dengan Allah yang disembah oleh orang Islam?Allah itu yesus kah?Ataupun Allah itu yang mempunyai anak bernama Isa kah?Malah lagi teruk kalau ada yang mengambil kesempatan untuk memurtadkan diri semata2 kerana kalimah Allah itu ada dalam semua agama.Nauzubillah....

Pada aku,sesiapa pun yang nak bercakap pasal sesuatu perkara kenalah mengambil kira tentang kesan yang bakal berlaku.Kadang2 undang2 yang dilaksanakan tak sesuai dengan keadaan.Jadi sedikit perubahan haruslah dilakukan untuk menyesuaikan undang2 dengan zaman dan persekitaran. ALLAHUALAM.

(disclaimer:entry ini ditulis berdasarkan pendapat peribadi aku tau!)