...2010 @1431...

salam jumaat semua!jangan lupa banyakkan selawat di hari yang dianggap penghulu segala hari ini.banyak kelebihannya.insyaAllah.Syukur atas kesempatan yang Allah berikan untuk kita menghirup udara 01/01/10.Indah bukan nombor2 ni?lagi indah ianya jatuh di hari jumaat.Memulakan hari dan tahun baru pada hari yang penuh berkat.Semoga perjalanan kita sepanjang tahun ini akan bertambah berkat dan sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi.Semoga dikurniakan rezeki yang terbaik dan terbaik sahaja.Insyaallah.

2009??Biarlah ia berlalu dan redhakanlah apa yang telah kita lalui bersamanya.Usah diungkit ketersalahan langkah yang telah dilakukan.Ingat,jalan di hadapan masih ada.Terbentang luas.Pilihlah dan laluilah ia dengan indah.Tinggalkan kisah silam dan jadikan ia pengajaran yang paling berguna dalam hidup.

Syukur pada Allah kerana menjadikan tahun 2009 antara tahun yang membawa kegembiraan pada kami sekeluarga..Syukur alhamdulillah.Antara memori terbesar 2009,konvokesyen aku dan mad.Pada hari yang sama tapi berlainan tempat dan masa.Syukur pada Allah kerana memberi peluang pada umi dan abah menghadiri konvo kami.Terima kasih Ya Allah.

Juga tak dilupakan,majlis pernikahan abg.Menyambut kehadiran org baru sebagai ahli keluarga patut disenaraikan antara kenangan manis sepanjang tahun bukan?Malah lebih menggembirakan,insyaallah tahun 2010 pon seorang lagi ahli baru bakal diraikan.Insyaallah.Tapi,kalau bertambah lagi ramai lagi seronok kan??InsyaAllah.

Doa dan hajat umi abah nak sampai ke Tanah Suci akhirnya dimakbulkan pada 2009.Macam2 rintangan yang dihadapi tapi Allah lebih mengetahui.Umi dan abah selamat menunaikan ibadah haji dan selamat kembali.Syukur alhamdulillah.Mudah2an ibadah mereka diterima Allah.Panjang umur,murah rezeki insyaAllah aku pon nak pegi.InsyaAllah.

Tahun 2009 jugak tahun aku menghabiskan pengajian secara formal di U*i*A.Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan.Syukur sangat.Rahsia dan hikmah Allah terlalu sembunyi untuk kita berteka2.Tapi yang pasti segala yang Allah aturkan kepada kita itulah yang terbaik untuk kita.Syukur dan yakinlah Allah sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan.InsyaAllah.

Buat kawan2,semoga kehadiran 2010 membawa berjuta2 kisah manis untuk dilalui.Andai ada kisah pahit di tengah jalan,ingatlah ia hanya sementara.Terlalu banyak kisah manis untuk dihitung.Tak berbaloi untuk menangisi sedikit kesengsaraan yang dialami.Nikmat dan rezeki Allah terlalu banyak untuk dinilai!

Salam Tahun baru 1431 2010!!