...Bukankah...

Bukankah ianya satu perkara yang comel bila umi tengok tv sambil menekan2 butang volume atas bawah atas bawah?Bila dah sampai had selesa untuk mendengar,punat ditekan kembali.Hahahaha..Bukankah ianya satu yang comel jugak beli umi suruh beli harian metro sebab nak tengok cerita pasal kejadian accident san*i xpres.Sambil aku menambah,'dalam intenet pon ada citer pasal tu'.Tapi kata beliau citer tak banyak.Dalam metro tuh sume ada..Comel kan???

Ini entry untuk melepaskan hajat.Bukan hajat yang busuk tapi hajat suci murni.Entri yang asyik tertangguh sebab sibuk dengan hal2 duniawi.Jadi hari ni aku cuba mengqadha hajat tersebut untuk mengisytiharkan bahawa aku dah habis belajar secara formal di Taman Ilmu dan Budi!!5 tahun di sana.Jumpa kawan2 dan lecturer yang terbaik di hati ini.Syukur pada Allah kerana permudahkan hidup dan urusan aku sepanjang berada di sana.Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan aku meng'register' subjek setiap sem.Bertemu dengan lecturer yang terbaik.Memudahkan aku berada dalam kelas tanpa perlu keluar ke tandas untuk membuang air.Melelapkan tidur aku di malam exam supaya aku boleh bangun pagi ke dewan jawab exam.Syukur ya Allah kerana temukan aku dengan kawan2 yang memahami.Menemani dan bersahabat dengan aku sepanjang berada di sana.Bukankah hidup ini sangat indah dan tak patut untuk disesalkan??

Bila dah selesai urusan 'pembelajaran secara formal',maka urusan mencari pekerjaan haruslah dimulakan.Aku ingin memulakan semuanya apabila aku berkeinginan untuk melakukan.Mencari kerja kerana aku yang ingin mencarinya.Tidak perlu paksaan orang ramai yang menyuruh aku cari kerja cepat2.Dan tak perlu jugak campurtangan orang sekeliling menyuruh aku mencari pasangan hidup.Biarlah aku dengan urusan aku sendiri.Biarlah aku tentukan jalan sendiri selagi ia tidak menyalahi agama.Bukankah comel bila aku lambat2 nak cari kerja tapi tiba2 jadi gelabah sebab dah nak masuk tahun baru 2010???

Terima kasih Ya Allah atas nikmat kurniaan yang Kau berikan..Hidup ini sangat indah dengan nikmat dan dugaanMu..TanpaMu,tiadalah aku untuk menikmati segalanya.Syukur Ya Allah.