...sana sini orang mengomen...

Salam di pagi sabtu yang sangat indah.Aman damai bila dapat duduk rumah,lari dari fikirkan masalah orang yamg tak sudah2.Seronok dan nikmat sekali kan?Jadi mari kita nikmati hari2 yang imdah ini sepenuh hati.Apa isu sekarang??Bukan nak cakap isu kalimah Allah.Biarkan orang yang pandai2 sahaja bercakap.Pastikan pendapat yang keluar memberi manfaat pada semua orang.Boleh kan kalian yang di atas??(-_-")

Isu pagi ni,bila jiran datang rumah.Membincangkan soal kewangan yang agak dasat tahun ni.Duit tak cukup untuk itu untuk ini.Benar ke kalian?Banyak beban kewangan yang terpaksa ditanggung.Elaun untuk pekerja kerajaan (baca: bidang pendidikan) disita.Kalau pergi mesyuarat di luar kawasan kerja,dah tak boleh nak claim.Habis tu,nak isi minyak kereta pakai air ke?Kalau tak pi mesyuarat, satgi cakap pekerja ni tidak berdisiplin.Baik berhentikan saja!Budak2 pun dah pandai komplen,isu duit RMT yang dikatakan free.Tapi setiap minggu kutip duit.Apakah??

Aku mungkin akan terkesan sedikit dalam masa yang terdekat.Sebab aku pun golongan yang menggunakan wang jugak secara berkala.Sana sini masih perlukan wang.Jadi tolonglah kalian yang di atas.Kotakan janji "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".Bukankah begitu??Ataupun kita yang harus mengubah cara hidup?Boleh,tapi biarlah relevan dan realistik!!!