...pagi ini sejuk rasanya...

pagi yang gelap kini sudah terang.hari yang mendung hujan turun renyai.bahang matahari pon tak terasa lagi tak sempat nak jemur kain bagi kering.dah la mesin basuh kat rumah rosak.terpaksa mengangkut baju dan segala bagai pi umah tok.nasib baik dekat je.kalo tak ,mahu patah pinggang nak menyental segala seluar jean adik n abang aku.duduk rumah ni asyik berilex je.maklum la takde keja nak buat sangat.kalo ade keje yang harus dibuat pon,bertangguh dulu.masih ade masa.nak masak pon takyah susah payah.pagi2 tok kol soh pi umah sarapan.tengahari ngan malam pon pi makan sana.rase macam bersalah pulak biar tok masak dan kami pi makan je.nak buat camne dah tok berkehendak nak masak untuk cucunya.

risau jugak aku dok umah tak buat banyak keje nanti berat makin bertambah.possibility untuk weight gain sangatlah tinggi.nak berjoging pon takda kawan.nak main2 kat luar pon takde geng.nak bersenam dalam rumah pulak takde semangat.camne tuh?nanti aku jugak yang merana tengok berat bertambah.sambil menaip entry ni,tengok the biggest loser asia.ade mamat ni kevin,beratnya 215kg!!takut nye aku jadi camtu.rase nak masuk rancangan tu je bagi kurus sikit.hahah.tapi merepek je.kalau memang dah bersungguh2 nak kurus,sampai bila pon tak jadi.

aku kena berazam untuk buat perubahan.tapi kadang2 bila dah berazam,banyak la pulak dugaan sampai tak berjaya nak habiskan azam tersebut.ape la nak buat ni..perlukah aku membuang diri jauh ke luar negara yang susah nak dapat makanan supaya aku boleh kurus sikit??

-google pic-