...memang betul...

Aktiviti utama aku mase kat umah adalah berYM dengan kawan2 mahupun mencari kenalan baru.Bersembang dengan kawan2 lama untuk bertukar2 cerita mahupun bergosip.Dan mencari kenalan baru adalah untuk mempraktis english aku.Selalunya aku akan join room chat yang orangnya menulis english.Sambil menyelam minum air.Paling tidak pon aku boleh praktis bercakap dan menulis english dengan ok sikit.Hehehe..

Dan semalam aku 'berjumpa' dengan sorang g*g*l*(mengikut id nya)dan dia sangat dan terlalu memahami pasal Islam.Dia sangat pandai bercakap pasal islamic term macam 'insyaallah','masyaallah','solat','halal haram' dan macam2 lagi la.Dan mengejutkan dia bukanlah Muslim sebab itu yang dia mengaku.Dia seorang christian dan berkuturunan India.Bekerja di Arab Saudi sebagai certified accountant.

Dan yang paling mengujakan dia boleh tuduh aku sebagai seorang yang tidak tahu pasal syariah.Malah,boleh lagi bagi nasihat suruh aku belaja banyak lagi pasal syariah.Terkejut aku okey!!aku bukan terkejut sebab dia tuduh aku macam tu tapi aku terkejut sebab die macam tau segalanya pasal Islam!!

Tapi aku rasa aku faham kenapa dia boleh jadi macam tu.Suasana persekitaran dan masyarakat Arab kat sana yang mempengaruhi dia.Serius,betapa aku terfikir masyarakat boleh mempengaruhi kehidupan seseorang.Dia belajar dengan baik kehidupan Muslim kat arab.Kedai ditutup bagi menghormati waktu solat,program tv yang berfaedah,sikap ramah mesra dan bertegur sapa dengan ucapan assalamualaikum.semua benda tu dia boleh explain kat aku dengan baik.Betapa Allah itu Maha Penyayang dan Dia berhak memberikan hidayah dan taufik kepada sapa yang dikehendakiNya.

Suasana boleh mempengaruhi seseorang dan aku berpendapat kita boleh menunjukkan akhlak yang terbaik kepada orang lain.Tunjukkan adab dan sikap sebenar seorang Muslim yang sepatutnya.Jangan biarkan orang lain mempengaruhi gaya dan hidup kita.Insyaallah aku yakin,kita mampu menjadi yang terbaik.