Pernah tak terfikir,dalam hidup ni banyak perkara yang kita rasa terlepas peluang yang baik??Mungkin kalau kita punyai mesin masa,teringin nak putar kembali dan lalui masa dan ketika itu dengan lebih baik.
Contohnya Wan,kalau tak dilarang oleh ayahnya (moyang aku) untuk jadi guru kerana beranggapan anak orang kaya tak patut bekerja mungkin beliau sekarang menjadi guru besar bersara.
Tapi,lebih baik begitu sebab sampai bila2 pun aku tak berpeluang merasa hasil didikan wan pada kami adik beradik sejak kecil kalau wan sibuk dengan urusan 'perguruannnya'.
.
.
.
.
.
Abah mungkin terlepas peluang untuk mendapat kerja yang bergaji besar kalau seniornya tak angkat beliau pi bilik mandi malam2 masa kat S*I*S.Disebabkan asyik kerap dibuli,abah ambil keputusan berhenti sekolah dan balik kampung je.
Tapi,lebih baik begitu sebab kalau abah berjawatan besar mungkin tak berkesempatan nak usha dan mengorat umi mase tengah mengajar kat sekolah.Dan tiadalah kami adik beradik di dunia ni.
.
.
.
.
.
Rohimin dulu pernah menolak peluang untuk belajar di U* atas bantuan seorang kawan abah.Kalau tak mungkin beliau sedang belajar jurusan syariah di u tersebut.
Tapi,bukankah lebih baik begitu sebab rezekinya telah diatur Allah lebih baik dan awal untuk bekerja.Boleh jugak kakaknya yang sorang ni mengepau duit adiknya.Dan insyaallah,tahun depan beliau masih berpeluang melanjutkan pelajarannya.
.
.
.
.
.
Umi dulu punya kekasih hati.Tetapi lelaki tersebut lambat bertindak,maka terlepaslah gadis jelita ini ke tangan orang yang lebih cepat.
Tapi,lebih baik begitu kerana umi bertemu jodoh dengan lelaki yang terbaik untuk beliau.
.
.
.
.
.
Aku jarang membawa henset pulang ke kampung.Tapi masa raya kali ni aku bawa bersama.Alangkah bahagianya kalau aku tinggalkan saja di rumah sebab ia mungkin takkan hilang di rumah tok.
Tapi,lebih baik begitu supaya aku boleh berharap untuk memiliki henpon baru!!!!!
Namun aku yakin,jauh di atas sana Dia punya rancangan yang lebih baik untuk kita andai apa yang diingini kita tak dimakbulkan.Dia Maha Mengetahui dan Maha Tinggi.Kita hanyalah insan dan hamba yang tidak punya daya dan kudrat melainkan dengan kehendak dariNya.Jadi yakinlah atas apa yang berlaku punya seribu satu hikmah tersembunyi untuk kita fikirkan!