...sebabnya...

Penduduk gemuk sumbang pemanasan global

LONDON - Bilangan penduduk gemuk yang semakin meningkat menjadi penyumbang kepada pemanasan global, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa saintis menyatakan peningkatan bilangan penduduk gemuk akan menyebabkan pengeluaran makanan perlu ditingkatkan sekali gus mengakibatkan pelepasan gas karbon dioksida ke udara.
Penduduk yang gemuk lebih suka memandu kereta sekali gus menjejaskan alam sekitar.
Seorang saintis dari Sekolah Kebersihan dan Tropika London Dr. Phil Edward berkata: "Pergerakan individu yang gemuk adalah seperti memandu dengan menggunakan minyak yang banyak."
Setiap individu yang gemuk bertanggungjawab melepaskan satu tan atau lebih gas karbon dioksida setiap tahun berbanding penduduk yang kurus.
Perangkaan itu menunjukkan tambahan satu bilion tan gas karbon dioksida setahun dilepaskan, menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap penduduk yang gemuk. - Agensi. (kosmo)
----> aku kena berusaha sedaya upaya utk tidak menjadi penyebab kepada pemanasan global!!nanti semua orang kat dunia nih marah aku..huhuhuhhu