...beza...

semalam,sementara menunggu bas balik rumah pukul 10.30 malam,sempat la aku menyelak helaian buku..antara yang terpandang sekali lalu pasal dissolution of marriage 4 non muslim..antaranya,'adultery' atau dalam bahasa melayunya penzinaaan kot..kalo bahasa yang agak sedap sikit persetubuhan luar nikah.so,4 non muslim yang nak apply divorce,dia kena buktikan di mahkamah yang pasangan die telah bersetubuh dengan orang lain selain pasangannya.ape yang ditulis dalam buku ni,untuk sabitkan berlakunya persetubuhan 'there need not be full penetration to constitute adultery but there must be some penetration of the female by the male organ'.kedua2 pihak mestilah sukarela dan bukannya dipaksa.
manakala undang2 di Amerika pula mengatakan suami yang memaksa isteri dengan kasar,kejam dan ganas hinggakan hanya sekadar paksaan secara halus atau ugutan boleh dijatuhi hukuman penjara kerana telah dituduh merogol isteri sendiri!..jadi,si isteri boleh la menolak permintaan suami untuk bersetubuh dan suami takde kuasa nak paksa isteri..kalo buat jugak,meringkuk dalam penjara la jawabnya..
ape beza undang2 mereka dengan ajaran yang dibawa oleh Islam??jawapannya mudah!!prevention is better than cure!!Islam benarkan umatnya berpoligami dengan syarat mampu berlaku ADIL antara isteri2nya..kalau tak mampu,1 pon dah cukup baik..tapi sesetengah orang laki ni bile ditanya kenapa nak kawen ramai,alasan cukup mudah..nak ikut sunnah nabi..betul tu sunnah Nabi,perbuatan nabi..tapi kita kena ingat,kahwin satu pon sunnah nabi..masa Khadijah masih hidup,Nabi tak kawen lain..nabi cukup sayang pada Khadijah..selepas kematian beliau barulah Nabi amalkan poligami.
Islam jugak mewajibkan kaum isteri supaya hormat dan taat pada suami dalam semua perkara kecuali dalam yang haram.prinsipnya cukup mudah:'tiada taat kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Pencipta'.selagi ape yang disuruh suami tak bercanggah dengan syariat,wajib hukumnya si isteri kena ikut.susah macam mane pon,kena jugak tunaikan.bukan saje untuk keharmonian rumahtangga,tapi yang lebih penting untuk mencari keredhaan Allah..
ape yang penting,dalam semua hal kena ada asas pegangan agama yang kuat..takde satu pon agama dalam dunia ni suruh penganutnya buat jahat mahupun melawan tabie..fitrah kejadian manusia diuji dan diduga sesuai dengan kemampuannya!