...macam2 yang pelbagai macam...

"menarilah dan terus tertawa,
walau dunia tak seindah syurga,
bersyukurlah pada yang Kuasa,
cinta kita di dunia"

hari ni berita semua pasal kes saman menyaman.terutamanya kes pergolakan politik di Perak.orang tu saman orang ni,orang yang tu saman yang ni pulak dan sebagainya.masing2 menggunakan mahkamah sebagai tempat rujukan nak tau sape salah sape betul..hakim akan beri keputusan mengikut setiap hujah kes yang dibentangkan oleh kedua belah pihak..secara teorinya,hakim tak boleh ade perasaan menyebelahi mana2 pihak.dia kena buat keputusan berdasarkan keterangan yang dibentang bukan mengikut dasar kesukaan die pada mana2 pihak.sebab tu ade kes di mana hakim diminta untuk mengecualikan dirinya bila dikhuatiri wujud unsur 'bias' dalam perbicaraan.ada jugak hakim yang memohon untuk mengecualikan diri sendiri dari mendengar perbicaraan sebab risau pengaruh kesukaan pada sebelah pihak akan memberi untung pada pihak itu.tapi secara praktikalnya,boleh dinilai sendiri!!