...sangat pelik...

-Ramai ambil jurusan sains jejas usaha pupuk patriotisme-

serius!!what the headline????pelik aku ade kenyataan dari seorang menteri yang cakap student jurusan sains ni tak patriotik!!!gelak besar aku baca.ade ke patut???berita tu ade kat sini. walaupun aku ni amik jurusan law yang ade kena mengena ngan sastera,wajarkah ade satu tanggapan automatik yang aku dan kawan2 yang lain seorang yang patriotik??dan adakah kawan aku yang belajar medic,engineering dan segala jurusan sains tu tak patriotik??


setahu aku la kan,patriotik ni membawa maksud semangat cintakan negara..semangat cintakan negara melebihi segalanya..kalo buat sesuatu tuh mesti nak buat untuk harumkan nama negara.sayang pada negara.dan segala2nya tentang kasih sayang pada negara..ye,patriotik ni tak bercanggah dengan ajaran agama Islam. malah nabi sendiri anjurkan umatnya berjihad untuk mempertahankan negara dari ancaman musuh..tak salah tuh..

tapi adil ke pak menteri tuh cakap student yang amik jurusan sains ni tak patriotik.aku petik sedikit ucapan beliau, "kecenderungan golongan muda itu agak membimbangkan dan jika tidak diawasi boleh mengancam dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memperkukuhkan semangat patriotisme kalangan rakyat negara ini"..takkan la student semua diwajibkan amik bidang sastera atau lebih tepat lagi sejarah supaya semangat patriotisme tu tak pupus..memadai la dah ade subjek sejarah mase sekolah menengah n kajian tempatan mase sekolah rendah..takkan tu pun tak cukup lagi..

cuba bayangkan kalau student tak digalakkan amik jurusan sains,sape yang nak jadi doktor rawat orang malaysia??sape yang nak buat bangunan tinggi2??sape yang nak gi angkasa lagi??dan pelbagai2 lagi sape?...bukankah jurusan2 yang macam tuh hukumnya fardu kifayah???nanti kalo kita kekurangan doktor,mula la nak bising!!!pastu boleh pulak buat kenyataan doktor dan nurse kat malaysia lebih suka kerja kat luar negara..ish...memang tak paham!!!!

kesimpulannya, kalo nak bercakap tuh kaji dulu reelvan ke tak..fakta bernas atau tak...sebab kadang2 kenyataan yang macam ni akan mengelirukan ramai pihak.tambah2 kenyataan dibuat oleh seorang yang bergelar pak menteri...tak ke naya...

disclaimer: entry ini tidak menggambarkan diri penulis yang tidak patriotik..malah penulis yang lahir pada bulan 12 disifatkan sebagai seorang yang patriotik hasil dari kajian oleh dato dr fadzilah kamsah..wallahualam