Nabi pernah bersabda yang bermaksud, banyakkan membaca Al-Quran sebab nanti dalam kubur ia akan menemani dan menerangi kubur sang pembacanya. Malah ia akan menjadi teman kita yang paling indah dan kacak sekali. Tidak mahukah kita ditemani 'si kacak' dalam kubur yang gelap gelita, tatkala keseorangan menghitung saat untuk dibangkitkan dan bertemu dengan jutaan manusia yang lain untuk dihisab amalan? Beruntung sekali bila ada 'si kacak' meneman kita, si tak ada rupa.
Banyak orang suka membaca suratkhabar. Waktu pagi benda pertama yang dibelek adalah suratkhabar. Membaca dengan tekun untuk mengetahui isu semasa. Tapi yang paling menyeronokkan bila baca bab hiburan. Nak tahu pasal artis itu la, artis ini la. Semua nak tahu. Kadang2 boleh duduk membelek suratkhabar tu berjam2 lamanya. Cuba bandingkan dengan Al-Quran.Berapa jam yang kita gunakan untuk membelek dan membacanya. Eh silap. Jangan kira jam. Kira la berapa minit kita ade untuk baca Quran. Kadang2 nak sentuh pon malas apetah lagi nak membaca. Mungkin malang bagi sesetengah orang yang hanya membelek Quran bila nak membaca yasin untuk si mati.
Bukan susah nak baca Quran. Mula2 kena ada azam yang kuat untuk membaca kalam Allah. Bila lama2 dah baca, ia akan menjadi habit yang datang dengan sendiri. Sungguh! Bila seharian tak menyentuh 'si kacak' rasa tak keruan hati. Serba tak kena hidup. Cubalah!
Rasa sayu bila melihat ada makcik2 yang membaca quran pun masih gagap. Adik kecil yang masih sekolah pun sudah fasih membacanya. Di mana salahnya? Diri sendiri yang tidak mahu mendekatkan diri dengan Al- Quran ataupun suasana yang kadang2 tidak mengarah kepada ingin membaca Al-Quran. Tepuk dada, tanya iman!
Jadi sempena bulan Ramadhan yang datangnya setahun sekali ini, marilah kita sama2 memperbanyakkan membaca Al-Quran. Bacalah ia. Usah sekadar dipandang walaupun benar, memandangnya pun sudah diberi pahala. Tapi sampai bila ia sekadar dipandang dan dijadikan hiasan. Bacalah walaupun satu mukasurat, pahalanya sudah berganda-ganda. Maha Pemurah Allah Taala! Perbuatan yang sedikit tapi diberi ganjaran tidak terhitung! Alasan apa lagi yang kita perlukan untuk tidak membacanya???