...lori melori dilori...

Perjalanan kembali ke tempat kerja di pagi rabu memang menyakitkan hati dan pandangan. Dari rumah ke pejabat mengambil masa hampir sejam setengah pun kadang2 boleh menjadi sampai dua jam. Apa tidaknya, lori2 besar bermaharajalela di jalan raya. Ada yang membawa muatan, perjalananya agak perlahan dan berhati2. Yang tiada muatan, hanya pemandu dan kelindan sahaja? Dibuatnya jalan raya macam dialah raja, Sesuka hati memotong kenderaan kecil, dibawa dengan meluru.Sungguh!!!!Menyakitkan hati dan perasaan.

Itu belum dikira lori yang slow bawa muatan. Ada muatan yang membawa pasir, tidak ditutup dengan betul. Pasir2 dan batu2 berterbangan mengganggu kenderaan di belakang. Yang lagi terasa dahsyat dan berdebar2, lori yang membawa kayu balak. Terjulur keluar!Teringat cerita final destination!!! Macam2 emosi dirasa masa tengah memandu. Rasa tak selamat di jalan raya walaupun kita dah patuhi undang2 tetap ada.

Kenapa tiada orang2 besar dan berpangkat di atas sana tuh tak fikir soal2 keselamatan macam ni? Benar, pemakaian tali pinggang keledar depan belakang mahupun topi keledar salah satu cara mengelakkan kehilangan nyawa. Tapi bagaimana nyawa berjuta2 orang yang berkongsi jalan raya dengan lori, bapak lori, bas, treler, motor, kereta dan macam2 lagi?Bukankah risiko kemalangan sangat tinggi disebabkan penggunaan jalan yang sama? Semua jenis kenderaan berada di satu jalan. Potong memotong pun berlaku di ruang yang sama!

Bagaimana cara menyelesaikan perkara macam ni? Mudah, pandanglah ke atas!! Lihat bagaimana Allah mencipta setiap planet itu ada orbitnya. Tidak pernah kita mendengar planet berlaga sesama sendiri. Cuma yang kedengaran asteroid yang mahu melanggar bumi. Tapi saintis lebih bertindak pantas untuk menyelamatkan nyawa manusia dengan menembak asteroid tersebut lebih awal. Jadi, analogi nya juga mudah. Lori punya jalan sendiri. Kereta punya hala tuju sendiri. Insyaallah perlanggaran dapat dielakkan. Mungkin ada idea yang lebih baik????