...ilmu dan amal...

Tadi masa terawih, pak imam bace ayat yang berkaitan pasal hukum membunuh dan balasannya. Dalam Islam membunuh ada 3 jenis. Pertama, secara sengaja dan hukumannya adalah qisas. Kedua, membunuh secara tidak sengaja dan ketiga membunuh separa sengaja. Hukumannya, aku terlupa dan akan mencari selepas ini. (t___T)

Bila terdengar ayat2 yang pernah aku belajar dan hafal dulu, rase macam bersalah je. Sebab aku dah tak ingat ataupun dah kurang ingat.Dulu masa belajar, ayat2 ni selalu hafal sebab nak jawab exam pastu kalau hafal ayat penuh dengan baris yang betul dapat markah tinggi. Kalau masa test dulu jawab dengan ayat2 yang tak berapa tepat pastu ustaz bagi markah sikit mesti sedih. Kenapa la aku jadi manusia yang hafal ayat Quran bukan dengan sepenuh hati tapi sebab nak jawab exam?Terasa rugi sangat. (*_*)

Tak susah pun nak hafal ayat tu dan pastikan ia selalu tersemat dalam hati. Setiap kali solat, lepas fatihah try la bace ayat2 yang pernah kita hafal, bak kata ustaz Yaacob. Insyaallah sampai bila pun ingat. Masalahnya, time solat pun nak cepat je. Kejar itu kejar ini. Solat pun dah nak dekat abes waktu.Kadang2 solat cukup sekadar baca fatihah. Ambil yang wajib je.Ish ish ish......Ape la nak jadi ni...???

Sedih betul bila fikir benda2 yang kita belajar dulu ditinggalkan macam tu je. Benar kan? Kalau kita mengejar harta, kita yang penat sebab kita yang terpaksa menjaga ia. Tapi kalau kita mengejar ilmu, kita rasa tenang sebab ia akan menjaga kita. Tapi dengan syarat kita amalkan ilmu yang kita dapat. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak untuk kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Dan kita dapat mencapat matlamat berpuasa itu sendiri iaitu menjadi hamba yang bertaqwa insyaAllah!!