1) Kepada pemandu di jalan raya, anda berhutang tanggungjawab terhadap pengguna jalan raya yang lain.Jangan buat jalan seperti jalan anda sendiri. Jangan anggap anda sahaja yang berada di atas jalan.Orang lain pun menggunakan jalan.Orang lain pun nak sampai ke destinasi.Orang lain pun ada hal.Jadi beringatlah selalu!anda tidak mempunyai hak mutlak ke atas jalan raya!
2) Kepada pekerja, anda berhutang tanggungjawab untuk bekerja dengan dedikasi dan penuh amanah serta jujur.Walau anda berada di sektor swasta mahupun kerajaan, jangan dibezakan. Yang bekerja dengan kerajaan, jangan terlalu bangga sebab anda di situ. Jangan melayan orang lain seolah2 andalah yang hebat!Andalah yang bagus! Yang bekerja swasta, berkhidmatlah dengan mulia dan jujur.Anda akan ditanya suatu hari nanti apa yang anda lakukan di atas dunia.Anda berhutang amanah kepada setiap orang!
3) Kepada bos2 di kerusi empuk,usah pandang lekeh kepada orang di bawah anda!Anda berhutang tanggungjawab untuk mendidik anak buah anda menjadi pekerja yang terbaik.Jangan hanya pandai mengarah itu ini, suka menuding jari kepada orang lain atas kesalahan sendiri. Sekali anda menuding jari pada yang lain, 4 jari menuding diri sendiri.Fikir2kan sebelum terlalu menyukai jawatan bos!
4) Kepada anak2,kalian berhutang tanggungjawab dunia akhirat dengan ibu!Jangan abaikan mereka walau sesaat.Yang masih berpeluang menikmati kehadiran ibu di dunia, selalu lah menjaga hati dan perasaan mereka.Sayangilah dan sayangilah serta sayangilah dia, IBU anda!Yang sudah pergi meninggalkan anda, ketahuilah doa kalian amat diperlukan oleh mereka!Hanya anda tempat mereka bergantung harapan!Tanpa doa si IBU, anda pasti tiada kaki untuk mengatur langkah!
6) Kepada diri sendiri, anda berhutang kasih sayang dan rahmat Ilahi yang tidak terhingga tanpa batasan.Syukurlah dan sentiasalah menginsafi diri sendiri. Bila mana tiada lagi rahmat dan nikmat Tuhan, ketahuilah sesungguhnya anda tidak melunaskan tanggungjawab anda kepadaNya!!!!