...tikar mengkuang di kaki...

Weekend ini ada beberapa perkara yang aku pelajari:

1) Aku mengalami stres semasa bekerja tetapi aku tidak menyedarinya.Sehinggalah Cik Zoo menerangkan bahawa aku sebenarnya stres berdasarkan kesimpulan yang dibuatnya setelah aku bercerita tentang ketidakpuasan hati itu dan ini.Dan YA!!Aku mengakuinya. Kini aku sedang berkira2 untuk mencari formula yang terbaik untuk menghadapi stres. Aku ingin menjadikan stres ini salah satu cara untuk aku memperbaiki kelemahan diri.

2) Aku selalu mencuba untuk melakukan segalanya LILLAHITAALA.Tetapi aku sendiri tidak pasti bagaimana caranya untuk mencapai tujuan tersebut. Sehinggalah umu menceritakan kepada aku perihal adik bongsu yang sudah lulus lesen motor besar dan berhajat untuk membeli motor berkuasa tinggi. Abah bertanya kepadanya atas keperluan apa untuk membeli motor tersebut. Dan si anak diam tiada jawapan.Abah mencadangkan jawapan yang paling bernas."Mahu membeli motor besar kerana Allah Taala".Dan apa kaitannya??Kata abah, "untuk merasa sedikit nikmat Allah."Benar bukan???Lakukan kerana Allah kerana ingin sekali menikmati nikmat kurniaan Allah yang kadang2 jarang kita merasa.Terima Kasih Abah atas pengajaran yang sangat berguna itu.

3) Kegembiraan yang sejati pada diri sendiri adalah apabila melihat orang lain bergembira.Indah bukan?Melihat kebahagiaan orang lain dan menumpang menikmati kebahagiaan itu walaupun bukan secara keseluruhannya.Lagi indah jika diri sendiri dapat membahagiakan orang lain. Analoginya mudah."What u give u get back!!!"