...kecerahan yang menawan itu lux...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Kenapa kita selalu diingatkan supaya sentiasa mendengar cakap orang2 tua?Sebab, mereka terlebih dahulu makan garam dari kita.Malah, gula pun mereka tahu ia manis lebih awal dari kita!Jadi bukankah hidup kita menjadi mudah dengan adanya orang tua yang dapat menunjuk yang mana jalan harus dituju.Harus pilih simpang yang sentiasa sibuk ataupun jalan yang kurang dilalui?

Hidup ini begitu singkat untuk menjadi tamak.Ketamakan yang bermaharajalela kadang2 membuat kita alpa bahawa setiap perjalanan pasti ada penghujungnya.Namun kita seringkali lupa di akhirnya,apakah yang dibekalkan?Hati yang masih belum puas,kebencian yang belum diselesaikan,ataupun diri yang tidak pernah bersyukur?Sukar sekali menjadi seorang yang bersih dan suci.Tapi bukankah syurga itu tiada tandingan nilainya?Ia hanya meraikan mereka yang benar2 suci dan benar2 ingin menjadi ahlinya!

Andai maslahah itu menjadi alasan manusia setiap waktu, di mana harus kita justifikasikannya?Dari rutin amalan manusiakah?Dari arahan dia yang berada di kerusi yang empuk?Atau dari diri sendiri yang hanya mengikut nafsu?Jawapannya................t________T

ALLAHUMMASOLLIALAMUHAMMAD