"Orang Yang Bijak Adalah Mereka Yang Sentiasa Mengingati Mati"
M.A.T.I.Sesuatu yang pasti dan tidak akan lambat dan tidak akan cepat.Bila sampai waktunya,maka keluarlah roh dari jasad.Tiada lagi peluang untuk minta dihidupkan kembali.Semuanya sudah selesai di dunia dan kita perlu bersiap sedia untuk kehidupan di sana pula.Tapi,berapa ramai yang sudah bersedia untuk menghadapi mati?Aku sendiri jika ditanya pasti akan termenung dan termenung lagi mencari jawapan.
Kita seringkali leka dengan kehidupan dunia.Bekerja mencari duit sehingga kadangkala kita terbabas dengan tanggungjawab pada Yang Esa.Solat kadang-kadang dilengahkan untuk selesaikan kerja yang tertangguh.Al-Quran jika rajin, dibaca sehelai sehari.Kalau malas, hanya dipandang dari jauh.Itu belum lagi dikira puasa sunat yang dulu masa belajar kita rajin amalkan.Sedekah untuk yang memerlukan juga masih kurang.
Bekerja adalah satu ibadah jika disertakan dengan niat yang betul.Pergi kerja dengan niat untuk membantu keluarga insyaallah sudah mendapat pahala.Bekerja dengan jujur dan amanah juga dikira ibadah.Mudah bukan untuk mendapat pahala?Cuma, bila ada manusia yang datang menghampiri lalu membisikkan suara2 keji, kita tak mampu nak menolaknya.Amat sukar kerana kita sendiri tidak pasti apakah halatuju kita.
Amat susah untuk menjadi seorang yang istiqamah dalam beribadah.Tapi aku tahu ada kemanisan dari melakukan ibadah secara berterusan.Cuma, masih belum punya kekuatan untuk itu.Tapi bila difikirkan balik,sampai bila harus memberi alasan tiada kekuatan,tidak bersedia??Aku mampu lakukan tetapi aku tidak mahu lakukan.Mudah bukan alasannya??
Nah,hayati lagu ini!