...randomly...

Tahun baru 2012

Ramalan kaum Maya, bumi akan kiamat pada 2012. Ini berdasarkan kalendar yang dimiliki mereka hanya mempunyai tarikh dari 3113 masihi-2012 masihi. Mungkinkah dunia wujud setakat itu? Mari kita rujuk siapa kaum Maya? Walau apa pun,kita sebagai umat Islam punya pegangan sendiri. Sedangkan nabi Muhammad yang merupakan kekasih Allah, Pemilik Dunia ini tidak memberitakan apa-apa tentang bila berlakunya kiamat, apakah kita perlu mempercayai ramalan tersebut? Apa yang penting, biar apa pun nombor tahun menjengah kita sedangkan kita masih di takuk lama, itu sudah cukup menggambarkan berlakunya kiamat untuk diri sendiri. Renung-renungkan dan selamat tahun 2012!

Fesyen dan zaman

Bila tahun baru menjengah, maka para pereka fesyen akan berlumba-lumba untuk suatu inovasi baru yang lebih up-to-date. Kita, sang penerima dan model memperaga fesyen tidak rasmi ini juga tidak kurang hebatnya memilih mana satu idaman hati. Ada yang gemar mengikut arus zaman tetapi tidak kurang juga ada yang gemar dan selesa dengan fesyen yang masih bertahan dengannya dari dulu hingga kini. Apa-apa pun, Islam itu indah dan sukakan pada keindahan. Pakailah, berfesyenlah dengan apa-apa yang indah. Namun, hukum agama tidak berubah mengikut peredaran zaman. Bila tahun baru menjengah, tak bermakna kau boleh singkap tudung sampai nmpk rambut. Kalau tahun baru membolehkan kau pakai tudung dengan legging, baju ketat nampak segala benjolan, kain terbelah, tudung jarak nampak helaian rambut, kau memang silap besar la.Zaman berubah, hukum tutup aurat tetap sama!

Tahun baru kerja lama

Kalau ada yang memulakan tahun baru dengan kerja yang baru, tahniah dan selamat berjaya diucapkan.Kerja, berbeza 360 darjah dari belajar. Zaman di U dulu,ramai kawan sekepala. Boleh bercerita sesuka hati tanpa tapisan, mahupun CCTV yang merekod. Bila dah kerja, bersedialah menghadapi karenah dan ragam bemacam jenis manusia. Ada yang baik hati tunjukkan cara meningkatkan prestasi kerja, tak kurang juga yang sampai hati untuk menjatuhkan kita. Asalkan kerja selesai, tak payah peduli hal orang lain. Amanah dipikul dengan penuh tanggungjawab sebab mereka hanya menilai dari segi luaran. Semoga penilaian dalaman juga tidak diabaikan.

Kesimpulannya: Sudah terlalu lama tidak menulis. Mungkin azam untuk mengupdate blog setiap bulan patut dimasukkan dalam list. Harapnya begitu...Insyaallah