...luar biasa...

salam hari minggu semua.semoga dalam meniti perjalanan hidup seharian kita takkan sesekali lupa asal diri sendiri.setinggi mana kau terbang dan sejauh mana kau berlari, jangan pernah lupa untuk kembali ke tempat asalmu.kerana di mana kau bermula, di situ sejarah hidupmu tercipta.jadi,selalulah memandang ke bawah bila kau sudah selesa di atas.selslulah memberi walau tidak diminta kerana tangan yang di atas lebih mulia dari yang di bawah.namun kadang2 aturan Allah tiada siapa tahu. yang di bawah bisa saja jadi yang di atas.yang di atas bisa saja jatuh terjunam!kuasa tuhan namanya.selalu hargai kehidupan yang ada.menyayangi orang di sekeliling seadanya sebelum mereka pergi buat selamanya.menggunakan masa sebaiknya kerana ia takkan berputar seperti sebelumnya.dan belajarlah mencintai diri sendiri tanpa henti supaya diri disayangi sekelian makhluk di bumi!