...Tema esok warna biru...

Mungkin ada antara kalian yang tak kisah dengan situasi ini. Terdapat sesetengah kereta, ada pelekat yang ditampal di belakang cermin yang tertulis, "Sokong Islam Anda Selamat". Mungkin anda tak kisah tapi saya amat kisah dan terkilan dengan hal ini. Jika dibaca slogan tersebut, bukankah ianya seolah2 berunsur ugutan? Seolah2 slogan tersebut ingin mengatakan, "Kalau kau tak sokong Islam siaplah! Tak selamat la kau kami kerjakan".

Bukankah Islam itu indah tatkala ia datang dengan teratur dan tidak memaksa. Bagaimana Allah turunkan ajaranNya melalui wahyu kepada Nabi Muhammad secara berperingkat begitu juga kita harus amalkan Islam. Kita ada panduan, kita ada pedoman. Kenapa perlu orang ramai ditakutkan dengan slogan2 yang menyeramkan. Bukankah lebih baik kalau Islam diperkenalkan dengan sebuah deen yang indah dan aman? Tidak perlu untuk diterapkan pada orang ramai supaya sokong Islam kerana ada perasaan takut.Kerana saya percaya Islam itu tidak sesekali mengajar manusia untuk melakukan sesuatu tanpa asas.

Langsung tidak salah untuk kita sebarkan ajaran Islam tapi perlu la kena dengan caranya. Teruskan dengan usaha menampal sticker yang berunsur keagamaan untuk memperkenalkan dan mendekatkan orang ramai dengan Islam. Tapi nasihat saya, gunalah bahasa dan ayat yang lebih sopan dan apabila orang membacanya akan rasa tenang.