...demi syurga itu...

Kadang-kadang kisah seorang pemuda di zaman Nabi Musa sangat membantu diri aku. Bagaimana dia dijanjikan untuk mendiami syurga seperti dikhabarkan secara langsung oleh Allah kepada Musa, pasti dia seorang yang hebat. Musa lantas membawa diri mencari si dia berdasarkan petunjuk Allah Taala sehingga die bertemu dengan pemuda pilihan Allah itu. Tetapi, bagi seorang Nabi yang menjunjung perintah Allah dan tahu mana halal dan mana haram, Musa terkejut kerana pemuda pilihan Allah itu memelihara dua ekor babi yang jelas bercanggah dengan perintah Allah. Namun, Allah lebih Mengetahui segala2nya.

Formulanya mudah berdasarkan kisah manusia pilihan Allah ini. Selagi engkau bernama anak, engkau tertakluk kepada kedua orang tuamu. Tak kira mereka siapa, kaya atau miskin, hina mahupun ternama, suci mahupun penuh dosa, mereka tetap punyai kunci syurga si anak. Jika si tuan empunya kunci merasa berat untuk menyerahkan kunci tersebut, beradalah kita diluar selama2nya. Andai mereka senang hati memberikannya pada kita, berbahagialah kita selamanya. Bukan kerja kita untuk menilai mereka, tetapi cukuplah Allah sebaik2 Hakim di dunia mahupun akhirat. Kita, si anak yang dilahirkan atas jasa dan kasih sayang mereka, ketahuilah siapa pun mereka, kita hanya punyai seorang ibu dan seorang ayah. Ke syurga kita, atas redha mereka dan izin Allah. Usah difikirkan andai ke neraka, kerana kasih sayang mereka tidak langsung terbatas!