...atap rumah...

awas: entri ini menggunakan bahasa malaysia dengan rasmi dan jayanya..

saya bersyukur kerana masih mempunyai datuk dan nenek di kedua-dua belah abah dan umi.alhamdulillah mereka masih panjang umur.tatkala ramai rakan-rakan yang sudah kehilangan datuk dan nenek mereka malah ada sesetengah dari mereka yang langsung tidak sempat merasai kasih sayang dari datuk dan nenek, saya dan adik-beradik masih punyai peluang itu.

kita mulakan dengan cerita tok dan wan di sebelah abah.tok(nenek) merupakan anak tunggal dan berasal dari keluarga Cina. tok berbadan kecil sahaja seperti anak yang berumur 8 tahun dan beliau dilahirkan di Kedah.menurut abah tok tidak dijaga oleh orang tuanya malah tok sendiri tidak mengenali kedua orang tuanya.aku tidak tahu mengapa.walaupun begitu,tok mempunyai adik-beradik yang aku tidak pasti dari mana asal usulnya.yang pasti adik beradik itu bukanlah saudara kandung tok.mungkin kenalan yang sangat rapat sejak kecil lantas dianggap seperti adik beradik.aku juga menganggap mereka seperti saudara aku sendiri.

sekarang tok sudah berumur 78 tahun tetapi tok masih mampu melakukan kerja rumah seperti memasak dan membasuh.tetapi tok tidak sesihat dulu lagi yang mampu berjalan jauh pergi ke masjid untuk mendengar ceramah agama setiap pagi.maklum sahaja,warga tua.dahulu ketika masih muda tok menyara anak-anaknya yang seramai 7 orang (makcik,pakcik dan abah saya) dengan berniaga di kantin sekolah.tok menjual nasi lemak dan kuih-muih.harga makanan pada ketika itu tersangat murah jika dibandingkan dengan zaman ini.

bercerita tentang wan pula(datuk),beliau mempunyai salasilah keluarga yang berasal dari India. ayah wan (moyang saya) seorang mamak india dan dahulu kala merupakan orang kaya di tempat saya ini.malah ada satu jalan di tempat ini dinamakan sempena nama moyang saya dan juga ayahnya (datuk wan). sehingga hari ini juga masih ada waris wan yang hidup di India tetapi tidak berkesempatan untuk menjejaki mereka.menurut abah,datuk wan melarikan diri dari india akibat pertelingkahan sesama beradik. wan berumur 83 tahun dan masih gagah mengayuh basikal tuanya setiap pagi ke pasar membelikan barang keperluan.

apa yang aku kagumi tentang wan ialah sifatnya yang selalu bertolak ansur dan tidak berkira dengan adik beradik.pernah wan ceritakan pada aku bahawa rumah wan sekarang bukanlah tapak asal rumah mereka.tetapi rumah mereka yang sebenar terletak di tapak gerai makan yang mempunyai dua tingkat.namun rumah itu dilepaskan demi adik beradik yang sering bertelingkah untuk mendapatkan hak ke atas rumah tersebut. wan dan tok membina rumah kecil yang hanya mempunyai satu bilik ketika itu. walaubagaimanapun,rumah tersebut diperbesarkan dan mempunyai 3 buah bilik,ruang makan,dapur,bilik air dan ruang tamu dengan bantuan anak-anak yang berjaya dan bergaji besar.

aku sangat mengagumi tok dan wan atas kecekalan dan kesabaran mereka mengharungi saat-saat sukar bersama.walaupun boleh dikatakan tok dan wan sudah hidup selesa dengan gaji anak-anaknya,mereka memilih untuk hidup sederhana."ini rumah tok,tok takkan pi mana-mana". ayat yang diluahkan tok pada aku pagi tadi.ya!!dan aku juga berazam untuk terus menetap di sini kerana di sini aku punyai kehidupan bersama umi dan abah di sini.insyaallah

--->entri khas untuk datuk dan nenek sebelah umi akan menyusul kemudian hari.(sudah kehabisan idea untuk menyusun ayat skema)

(spot the mistakes that i have done in this entry!!)