...ha.qaf...

owh,entri ini agak emo kerana aku sgt concern dgn peristiwa yang berlaku di sekeliling..YA!!yg paling terkesan ialah berita pasal terdapat larangan utk azan di masjid kawasan Selangor..yang aku baca from NST mengatakan ada sorang MP wanita nih,non Muslim pegi ke sebuah masjid sebelum subuh lagi nak tinjau kawasan la kot.then bila dia pegi tuh ada 4 orang sahaja jemaah yg datang bersolat Subuh.lantas beliau dengan bijak pun mencadangkan supaya next time tak payah dah azan sebab at the end yg datang solat pon byk ni je..ciput jer!!ramai lagi kat umah nak tido..mmmm.....
maka,timbul lah pelbagai spekulasi dengan hebatnya mengatakan ini semua salah dan MP tersebut tidak menghiraukan sensitiviti agama dan kaum kat Malaysia nih..YA!!sekali lagi aku bersetuju kerana agama Islam diiktiraf sbg agama rasmi negara dan sebarang percubaan utk menjatuhkan agama Islam adalah salah di sisi Perlembagaan..malah sesiapa yang ingin menyebarkan Islam secara terang2an adalah diizinkan oleh Consti.tidak seperti agama lain yang dilarang menyebarkan dakyah mereka secara terang.provision ini harus diingat dan dihadam oleh semua rakyat Malaysia!!
tapi aku personally berpendapat apa yang dicadangkan oleh MP tersebut harus dilihat secara Positif..aku melihat larangan yang dicadangkan itu bukanlah utk tidak menghormati Islam secara total..malah ia lebih kepada memberi pengajran kepada umat Islam secara khusus utk lebih memahami apa erti azan sebenarnya..kita marah apabila org bukan Islam tidak menghormati agama kita..tapi kita org Islam tak kisah pun bila org Islam sendiri tak menghormati Islam!!!dah tau azan berkumandang suruh pergi solat subuh bukan nye melingkor atas katil lagi..sebab tu MP tersebut mencadangkan supaya lain kali azan subuh dalam masjid je..bagi aku situasi mungkin berbeza kalo mase dia dtg tuh,masjid didatangi oleh org ramai.dia akan nampak effect azan tersebut pada org Islam..betul haribulan dia boleh dapat Hidayah masuk Islam..who knows??
YA!selepas insiden ini diharapkan orang Islam mulai sedar bahwa Islam bukan sahaja harus dihormati oleh kaum lain malahan Orang Islam itu sendiri..tak guna kita nak terpekik2 marahkan org lain sebab hina Islam tapi kita sendiri tak ambil inisiatif nak pertahankan Islam..kawan aku penah bercakap;org zaman sekarang nih lebih mementingkan rights daripada duties!!sebab tu ade je benda yang tak betol!!!--Wallahualam-