"loyality to the government of the day"

DAP, Pas, PKR buntu lantik Menteri Besar Perak

IPOH: DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membentuk kerajaan campuran di negeri ini menyerahkan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, untuk memutuskan siapa bakal menjadi Menteri Besar, berikutan kebuntuan ketiga-tiga parti itu untuk menyelesaikannya antara mereka.

Berikutan itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang, berkata ketiga-tiga parti diberi tempoh sehingga pagi ini untuk menyerahkan nama calon masing-masing untuk dipilih Sultan Perak dengan majlis angkat sumpah sebagai Menteri Besar dijangka diadakan selewat-lewatnya esok.

"Kami (ketiga-tiga parti) sudah bersetuju untuk menerima sesiapa saja yang diperkenankan oleh Tuanku Sultan sebagai Menteri Besar yang baru.

"Kami juga mahu sesiapa saja yang dipilih nanti mesti dilihat sebagai Menteri Besar kerajaan campuran dan bukannya mewakili mana-mana parti kerana ini kerajaan barisan rakyat bukannya kerajaan Pas, DAP atau PKR," katanya pada sidang media di pejabat Badan Perhubungan Pas Perak di sini, petang semalam.

Hadir sama Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak yang juga Adun Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin yang disebut-sebut antara calon Menteri Besar.

Pada pilihan raya Sabtu lalu, ketiga-tiga parti berjaya memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 28 kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan 18 kerusi dimenangi DAP, PKR (tujuh) dan Pas (enam).

Ahmad berkata, arahan juga sudah disampaikan kepada penyokong parti itu di peringkat akar umbi sekiranya calon Pas dilantik sebagai Menteri Besar supaya jangan mendakwa ia sebagai milik parti itu tetapi ketua negeri untuk kerajaan campuran.

Beliau juga menafikan keputusan menyerahkan kepada Sultan Perak membuat keputusan memberi gambaran seolah-oleh ketiga-tiga parti tidak mencapai kata sepakat mengenai calon Menteri Besar.

Sebaliknya, beliau berkata, ia bagi menunjukkan sikap terbuka ditunjukkan ketiga-tiga parti, tidak tamak kuasa selain menunjukkan kepada penyokong mereka bahawa tiada siapa yang diketepikan.

"Sebenarnya, bukan Tuanku yang meminta banyak nama tetapi kami sendiri yang sepakat bahawa cara itu yang terbaik supaya setiap parti merasakan ada hak mereka untuk bersetuju, jadi kami akan menerima sebulat suara keputusan Sultan," katanya.

Beliau berkata, Pas juga sudah memberi jaminan kepada DAP bahawa sekiranya calon parti itu dipilih sebagai Menteri Besar, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan berhubung dasar kerajaan negeri secara bersendirian sebaliknya berasaskan persetujuan bersama semua parti serta berpandukan perlembagaan dan undang-undang negeri.

Ahmad juga menolak kemungkinan diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan negeri sedangkan kerajaan campuran hanya mencapai kemenangan majoriti mudah.

Terdahulu, pemimpin negeri ketiga-tiga parti itu perkenan mengadap Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta.

Baginda mengarahkan tiga parti itu menyerahkan senarai calon Menteri Besar selewat-lewatnya hari ini, untuk diberikan kepada Sultan Azlan Shah.

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, berkata sehingga kini ketiga-tiga parti belum menyerahkan senarai nama calon Menteri Besar.

"Kami hanya mengunjungi Raja Nazrin untuk mendapatkan perkenan bagi membentuk kerajaan campuran," katanya ketika dihubungi, semalam.

Lebih 100 penyokong ketiga-tiga parti itu berkumpul di luar pagar istana bagi melihat sebarang perkembangan berhubung perlantikan Menteri Besar.

Rombongan itu diketuai Ahmad Awang, Ngeh dan Pengerusi PKR Perak, Zulkfili Ibrahim. Turut serta Adun Pantai Remis, Nga Kor Meng (DAP); Adun Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas) dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi (PKR).

Mereka memasuki istana kira-kira jam 3.30 petang sebelum meninggalkan kawasan itu sejam kemudian.

Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, hanya Melayu beragama Islam boleh dilantik menjadi Menteri Besar, bagaimanapun Seksyen 12(2) perlembagaan itu menyatakan Sultan Perak mempunyai hak mengenepikan salah satu syarat berkenaan atau kedua-duanya sekali berdasarkan pertimbangan Baginda.

*****************************************************************************
ni lah perkara yang aku dah jangka bila negeri aku dikuasai oleh pembangkang campuran..masing2 ada ideologi sendiri dan nak pertahankan ideologi sendiri..last2 ni la yang timbul..tapi luckily negeri Perak ada Sultan berdaulat malah Yang Amat Arif lagi..sekurang2nya aku tak perlu riso dah sebab 'perebutan kuasa' ini takkan berlarutan dengan adanya titah dan daulat Raja...ehem.....