...sedekah...

Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat:ImamAhmad)

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Hadis2 di atas bercerita tentang kelebihan bersedekah. Sejujurnya, aku bukanlah dalam golongan yang rajin bersedekah dan agak memilih untuk bersedekah. Tetapi aku percaya pada satu perkara "What you give you get back". Tambah2 kalau sedekah diberikan saat kita kekurangan wang. Percayalah, kita takkan kehabisan rezeki dan akan sentiasa merasa rezeki itu cukup dan tidak berkurangan.

Bab sedekah ini biarlah urusan manusia dengan Allah. "Tangan kanan memberi sorokan tangan kiri derma bukan tontonan lakukan dalam sepi" Bersedekahlah kerana Allah bukan untuk tontonan orang ramai.

Cuma ada beberapa isu yang timbul berkaitan sedekah yang menyebabkan aku berasa tidak puas hati. Semuanya gara-gara peristiwa semalam ketika bersama umi pergi ke pasar malam. Bayangkan orang yang sedang berpusu-pusu hendak membeli barang, tiba2 berlaku 'jammed'. Bila diselidik, rupanya ada kotak2 yang diletakkan di tengah2 jalan. Kotak untuk mengisi derma. Bukankah menyakitkan hati apabila orang ramai terpaksa berlanggar2 sesama sendiri, bergesel lelaki perempuan semata-mata untuk melintasi jalan yang dipenuhi kotak derma? Bukankah sakit hati? Bukankah rasa hendak menyumpah seranah siapa yang bijak pandai meletakkan kotak derma di situ?

Begitu juga dengan kehadiran seorang pakcik tua yang sering menjadi pengunjung setia pasar malam itu. Sejak dia masih bergelar abang, hinggalah menjadi pakcik dia ada di situ. Atau dalam erti kata lain, sejak aku masih kecil sampai lah dah besar panjang dia masih di situ. Dulu, dia selalu mengusik2 orang perempuan minta diberikan derma. Sampaikan dia dimarahi oleh orang di situ tapi masih tak insaf. Aku pun naik hairan takkan la tak kaya2 lagi pakcik asyik minta derma. Apa salahnya cari lah kerja lain sementara kudrat masih ada. Cuci kereta pun boleh kan?

Satu lagi peristiwa yang terjadi semalam. Tatkala aku dan umi sedang menuju ke kereta setelah selesai membeli barang, tiba2 ada seorang lelaki menegur. "Makcik, ni ada duit jatuh". Oh rupanya not RM5 tercicir. Terus si lelaki tadi, "makcik saya nak mintak sedekah". Boleh pulak tiba2 ambil kesempatan. Sakitnya hati. Pandai ambil kesempatan!!

Entri ini bukanlah bertujuan untuk menggalakkan ketidaksukaan pada bersedekah. Sedekahlah, kerana itu mendekatkan hubungan kita dengan Allah. Bersedekahlah kerana itu boleh menghindarkan bala. Bersedekahlah kerana itu boleh membuatkan kita disayangi penduduk di dunia dan di langit. Tetapi, bersedekahlah dengan menggunakan mata hati. Kerana, tidak semua orang tahu dan faham apa ertinya SEDEKAH....