Hari ini, Penang bercuti. Hari pengisytiharan Penang sebagai tapak warisan dunia sama seperti Melaka. Syazana cakap,Penang paling banyak cuti diikuti Melaka dan Selangor. Jadi aku syorkan padanya,"datanglah bekerja di Penang!!!". Disebabkan alang2 sahaja, bercuti di hari Khamis dan tidak rajin untuk bekerja di hari Jumaat, maka cuti diambil di saat akhir. Sebagai bonus cuti yang jatuh pada hari Khamis dicampur dengan mengambil cuti pada hari Jumaat maka jumlah cuti adalah sebanyak 2 hari dicampur sabtu ahad maka menjadi 4 hari. Tapi yang lebih bonus adalah walaupun cuti selama 4 hari tetapi hari bermalam di rumah boleh jadi selama 5 atau 6 malam. Namun, keputusan muktamad berapa malam nanti bergantung kepada mood dan kerajinan diri.
Hari ini sudah o7 Julai bersamaan 5 Syaaban. Kurang sebulan lagi, sudah memasuki Ramadhan. "Ya Allah, temukanlah aku dengan Ramadhan akan datang". Belum membuat persiapan fizikal dan mental untuk menghadapi Ramadhan. Mudah2an Allah permudahkan segalanya. Target untuk bulan ini adalah untuk menyelesaikan kerja yang bertangguh. Sebenarnya bukan bertangguh, tapi lebih kepada tidak tahu hendak mulakan yang mana satu. Konon macam banyak kerja mengalahkan PM, padahal PM pun masih ada masa nak bersukan. Diri sendiri yang tak reti uruskan masa, ada hati nak salahkan bos bagi kerja tiba2. Tak mengapalah, diri masih muda. Jadi bolehlah bekerja lebih kuat dengan menggunakan otak. Nanti bila dah tua, lambat sikit dihinggap penyakit nyanyuk tapi harapnya tidak lah.
Hari ini ada kata2 yang membangkitkan sedikit semangat diri. "Bila Allah tarik suatu nikmat dari kita, pasti Dia mahu memberikan nikmat lain yang lebih baik". Jadi, jangan bersangka buruk dengan ketetapan Allah. Kalau nikmat itu tidak dibalas di dunia, pasti ada di sana kelak. Andai kita rugi di dunia, biarlah kita jadi manusia yang bertuah dan kaya raya di akhirat kelak. Boleh kan???