...Bertuah...

Wan cakap, orang dulu-dulu percaya kalau kita dapat makan ikan kurau, kita dianggap bertuah. Kalau dapat makan telur ikan kurau lagi bertuah orang tu. Sebab itu kalau orang zaman dulu dapat makan ikan kurau, mereka hanya mendiamkan diri di rumah dan ianya langsung tidak dihebohkan. Sampaikan nak menggoreng ikan pun mereka sanggup tutup tingkap pintu dan segala bagai asalkan orang keliling tak dapat membaunya! Mungkin ada kebenarannya di sebalik cerita ikan kurau. Mungkin...
. . .

Sudah agak lama tidak meng'update' blog. Bukan sibuk (alasan tipikal), tapi lebih kepada malas. Bila malas menguasai diri, dipaksa la macam mana pun takkan menjadi juga. Jadi ,malam ini ada sedikit kerajinan untuk menulis, berkongsi serba sedikit cerita. Itupun kalau ada yang sudi membaca.

Menghampiri jangkamasa 5 bulan bekerja di situ. Jadi, perkiraannya tinggal 7 bulan untuk ada di situ. Tapi, apa-apa pun boleh terjadi. Memujuk diri agar tidak terlalu fikirkan sangat jangka hayat yang ada. Tetapi lebih terfikirkan apa yang sudah dicurah sepanjang berada di situ. Macam-macam sedang dipelajari. Ada yang dihabisi dengan jayanya. Ada yang sedang dipelajari dengan bersemangatnya. Tapi, masih ada yang tersangkut di tengah jalan gara-gara orang itu. Apa boleh buat, "aku orang kecil, engkau orang besar, kau umpama gajah ku hanya semut merah"......

Hal di situ, sampai kiamat pun tak akan habis bercerita. Cerita hari ini, esok bertambah lagi cerita lain. Tidak pernah kurang tapi makin bertambah. Nama pun bekerja, takkan pernah selesai selagi nyawa dikandung badan. Cuma, orang itu. Layanilah aku seadanya. Bukan meminta pujian dan sanjungan. Tapi, cukuplah berterus terang. (Full stop)

Oh, bercuti di Phuket menggembirakan walaupun langit menangis sepanjang kerberadaan kami di sana. Makan, makan dan makan. Apa boleh buat, mahu berjalan langit menangis. Tak apalah sekurang-kurangnya gembira menikmati makanan lazat di sana. Walaupun ada masalah komunikasi, abah muncul sebagai penyelemat. Itu lah pentingnya belajar banyak bahasa. Lepas ni nak belajar bahasa Mandarin pulak!

Apa lagi nak diceritakan.Kebelakangan ni, perasan diri sendiri kurang pengisian rohani. Cepat marah, rasa kecewa dan sering berprasangka buruk dengan orang keliling. Bukan salah mereka, tapi salah diri sendiri. Membiarkan syaitan menguasai diri dek lalai mengejar duniawi. Dulu masa belajar, ada kawan2 untuk ingatkan apa yang tertinggal. Ada masjid untuk disinggahi hilangkan sakit kepala. Ada kuliyah ustaz untuk tambahkan ilmu. Ada pensyarah2 yang boleh berkongsi cerita keinsafan.(oh, teringat lawak ustaz Yaakob!) Sekarang tinggal diri untuk mengingatkan sendiri. Itupun diri kurang bateri. Di mana boleh cas semula bateri? Mode: sedih...

Mujur ada Cik S, hari-hari aku telefon dia. Kalau tak telefon, dia yang telefon. Boleh la berkongsi cerita itu ini, bergosip orang itu orang ini, ingatkan itu ini. Ya Allah, semoga aku dikelilingi orang-orang yang soleh!!!
. . .

Hari ini, dapat makan ikan kurau. Andai Allah takdirkan aku bertuah, mudah2an tuah ini dikongsi bersama yang lain.


-saat ini, merasa diri sangat bertuah.Terima kasih Allah-