Semalam hari jumaat.Berada di pejabat untuk selesaikan tugas mingguan.Masa rehat sempat bersembang dengan ofismet, S nama singkatannya.Tiba2 kami terbuka cerita tentang kisah zaman hingusan.Bagaimana aku boleh terperasan yang cikgu komputer masa form 2 suka pandang aku.Akhirnya rahsia terbongkar,rupanya cikgu tu juling.Patut la selalu pandang aku.
Kisah S lagi seronok. Bercinta dengan cikgu sendiri masa dia form 5.Seorang cikgu praktikal mengajar sains rupanya jatuh cinta dengan murid sendiri.Sebab itu S cakap,dia dapat skor subjek sains sahaja masa SPM.Jadilah,dari tak dapat skor apa pun.Hubungan mereka berlangsung untuk beberapa tahun.Setelah tamat tempoh praktikal,cikgu pun pulang ke kampung di johor.Hubungan masih diteruskan melalui telefon.
Keluarga masing2 pun sudah tahu hubungan mereka.Emak si cikgu pun berkenan dengan S bila dia kerap dihubungi."Suka gelak rupanya menantu mak ni".Ayat yang masih S ingat hingga hari ini.Sehinggalah satu hari si cikgu datang bertandang ke utara membawa hajat di hati.Berjumpa keluarga S meluahkan isi hati.Kedatangannya diterima baik,disambut penuh mesra bakal mertua.Katanya,dia akan menyambung pelajaran ke US.Tetapi mahu membawa S bersama sebagai peneman,sebagai isteri.Tersenyum S gembira dengan kedatangan buah hati.
Selesai semuanya,si cikgu berangkat pulang ke selatan.Namun,takdir Allah tiada siapa bisa menduga.Pertemuan yang menggembirakan hari itu tinggal menjadi kenangan terindah buat S.Cikgu buah hatinya terlibat dengan kemalangan di mersing.............to be continued
5 Bisnes Digital Kos Rendah yang Boleh Dicuba oleh Lepasan Universiti
2 bulan yang lalu