...angin sintok...

Ada sorang budak tu. Dia sebenanya teringin sangat dan memang bercita2 nak jadi seorang peguam. Secara spesifiknya, peguam jenayah. Ya, seorang peguam yang terlibat dengan dunia di mana ada watak penjenayah, mangsa, dan dia konon2nya muncul sebagai hero yang membela dan membantu mereka. Tapi, bukanlah dia yang menentukan siapa salah siapa benar. Tugasnya hanya membantu sang hakim mencapai satu verdict yang tepat menurut segala fakta yang telah dibongkar. Selain itu, ini juga keterujaan dia!

Budak itu akhirnya percaya, dalam hidup apa yang penting adalah kegembiraan kedua orang tua. Biarpun jauh di sudut hati agak terkilan kerana dunia yang ingin dipilihnya tidak mampu dijalani buat sementara, tetapi dia bersyukur. Berada di pejabat yang selesa. Talian internet, digunanya sepenuh hati dari pagi sampai petang. Tiba di pejabat, sudah mula berfikir bila nak pukul 5 ni. Duduk atas kerusi sedap. Goyang kaki. Panggil orang itu untuk angkat fail. Bergaduh dengan orang yang pangkatnya rendah dari dia sebab dia seakan2 dibuli. Menjadi bahan skodeng orang di pejabat.Mungkin juga bahan umpatan. Siapa tahu. Maklumlah, dia kan budak baru!

Macam mana pun. Dia sudah mulai suka dengan kehidupan sekarang. Belajar untuk suka. Cinta mungkin tidak. Sebab cintanya pada yang lain. Perlu suka kerana itu tempatnya mencari rezeki. Tatkala masih ramai yang tercari2 tempat untuk disukai dan dicintai, dia sudah punya tempat untuk disukai. Tapi kata orang cinta boleh dipupuk. Mungkin???