Nombor yang mewakili tajuk di atas signifies tarikh aku berada di Penang. Sebelum ni pun ada kat penang jugak tapi tak bergambar pun. Kali ni suka suki je ada kat sana sambil menyelesaikan kerja tertangguh dan berharap untuk kembali berada di sana satu hari nanti. Kembali ke sana untuk jangka masa yang panjang. Aku hanya merancang tetapi Allah sebaik2 perancang. Semoga semua impian dan cita2 aku tercapai. Seakan jatuh cinta dan bila diingat kembali, aku pernah berdoa dan berharap untuk bekerja dan menetap di Penang.Berikut ialah gambar2 yang diambil semasa di sana. Pemandangan yang menarik bila berada di Penang. Memang sangat cantik bila dapat tengok laut hari2. Best!!!
(*-*)