...pengumuman...

Mari rapat2 kan mata ke tulisan ini. Baca dan fahami betul2 apa yang akan disampaikan kerana anda mungkin orang yang dimaksudkan itu. Bukan...Bukan sebab anda bakal mendapat durian runtuh tiba2 dari saya tetapi mungkin ini akan menyelesaikan masalah anda yang belum settle. Apa pengumumannya???

Ini pengumumannya!!!!!

Sesiapa yang baru sahaja atau sudah lama menganggur tetapi mempunyai ijazah dalam bidang Undang2 (LLB) dari mana2 universiti yang diiktiraf dalam mahupun luar negara, yang berkeinginan untuk ber'chambering' atau bahasa bakunya Pelatih Dalam Kamar, ini adalah peluang anda!!!!!Andalah orang yang sedang dicari2. Berminat untuk praktis sebagai advocate & solicitor, boleh sahkan dokumen orang, boleh mewakili sesiapa yang bermasalah di mahkamah, apa lagi yang anda tunggu?Cepat2lah respon ke emel ini sinar_tamaduns@yahoo.com.

Tempatnya di Kepala Batas Pulau Pinang. Anda berpeluang mempelajari selok belok dalam dunia banking litigation, corporate dan juga dalam bidang jenayah. Elaun yang diberikan berpatutan dengan status anda sebagai Pelatih dan jangan risau anda tidak akan kebuluran dengan wang sebanyak itu. Kos anda ke mahkamah serata ceruk juga akan diberikan. Kerap anda ke mahkamah mahupun melakukan kerja2 luar, banyaklah elaun anda. Tetapi bukan wang yang menjadi isunya.

Apa yang penting adalah apa yang anda bakal pelajari. Bermacam2 yang boleh anda pelajari secara langsung mahupun tidak langsung. Apa yang dapat saya jamin, anda tidak akan menyesal jika anda benar2 berminat. Tetapi nasihat saya, anda juga haruslah seorang yang mampu berdikari tanpa perlu bergantung pada seseorang. Anda ke mahkamah seorang diri, bertemu dengan pengamal undang2 di sana dan bertanya pendapat. Begitulah anda perlu pelajari sesuatu ilmu kerana ini bukan lagi zaman universiti yang perlu disuap2 ilmunya. Percayalah!!Ia benar2 menarik dan mengujakan!!!

Apa lagi??Cepatlah berfikir dan bertindak. Sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian yang lebih jelas jangan silu2 bertanya melalui emel di atas. Oh ya!!Andai anda juga ada kenalan, atau saudara mara yang bertanya di mana boleh buat chambering, sila sebar2kan kepada mereka info ini. Tak rugi bagitau!!!!