...sarung kusyen warna purple...

Kenapa kebelakangan ini, isu penghinaan terhadap Islam menjadi isu yang sangat hangat. Di sana sini isu orang menghina dan mencaci Islam makin menjadi2? Di mana salahnya?Kita umat Islam yang terlalu bermurah hati atau kita sampai tiada hati?

Kita menjadi mudah melenting bila ada orang lain (baca: bukan Islam) yang menghina dan mencaci Islam. Tetapi kadang2 kita lupa, mereka sebenarnya tidak tahu. Bukankah kita sepatutnya lebih tahu dari mereka kerana kita ini Islam namanya. Kita sepatutnya menunjukkan bagaimana ajaran Islam yang sebenar. Mengikut setiap lunas2 agama tanpa gagal. Menunjukkan contoh teladan yang baik. Ini tidak, tudung pun tak pakai nak cakap org lain hina Islam! Siapa yang lebih menghina? Mereka yang tidak tahu atau kita yang lebih tahu?

Tidak salah andai ada yang bersuara bila ada pihak yang menghina. Itu juga salah satu cara menegakkan kebenaran. Tapi lebih elok jika kebenaran ditegakkan oleh orang yang benar2 tahu hitam adalah hitam. Tidak sesekali hitam menjadi putih. Bukan menegakkan kebenaran bila mahu hitam dipandang merah dan bila rasa putih perlu dipandang biru. Itu bukanlah perjuangan tetapi sekadar kepura2an!

Rasa terhina bila kita dihina adalah perlu dan mesti! Tetapi menghina perkara yang kita tahu adalah lebih hina dari dihina oleh mereka yang tidak tahu!!!!