...Pergi...

"rumah yang sepi tanpa penghuni masih meriah dengan bunyi cicak, tetapi hati yang sepi adalah sangat sedih lagi menyedihkan"

Salam Aidilfitri ke-10!!!Rumah mulai beransur lengang dengan kepulangan adik beradik ke tempat mencari rezeki. Pulang ke tempat yang mungkin dapat sedikit sebanyak mengubah hidup Insyaallah. Jalan raya juga sesak dengan kereta menderu2 pulang. Apa yang tinggal di kampung halaman??Hati penghuni yang sayu dan sedih kerana kemeriahan sudah beransur pergi bersama mereka yang pulang.

Ramadhan yang mulia juga telah pergi meninggalkan kita. Sebulan yang penuh dengan rasa bahagia dan rindu sekejap saja. Rasa masih belum puas menikmati bahagia itu. Tetapi, hidup ini ada susur aturnya. Jadi mahu atau tidak, ikut sahaja ke mana ia melangkah. Yang penting, keazaman untuk menghargai setiap waktu yang kita ada. Tidak memikirkan masa akan datang yang belum tentu ada kesempatan untuk kita hirup udaranya mahupun masa lepas yang sudah pasti tidak membantu untuk dikenang2.

Jadi, mari kita sama2 terus melangkah ke hadapan dengan terus mengenali Pencipta kita. Semakin kenal kita dengan Dia, semakin mendalam kita kenal diri sendiri. Andai sudah jauh dari jalanNya, ingatlah bahawa Ia tidak pernah menutup ruang yang ada untuk kita terus mencari jalan pulang ke sisiNya. Bila sudah berada di jalanNya, rasa takut untuk membelok ke jalan yang lain kerana sudah pasti kita tidak mahu tersesat buat kesekian kalinya!!