...Northgate...

Bila tok terasa sebab cucu dia yang no 4 tu tak balik jenguk dia, aku terpaksa senyum dan tahan telinga je dengar keluhan beliau. Tok cakap beliau dah talipon bgtau suruh adik no 1 aku datang rumah ambik durian nak bagi dekat ofismate.Malangnya si anak no 4 ni pagi2 tadi dah keluar rumah balik ofis die kat selatan sana sebab ada tournement paintball kat lumut.Umi dah pesan suruh pi rumah tok dulu tapi dia cakap terlambat dah nak bertolak.Ok fine kami boleh terima sahaja alasan tersebut.

Tapi masa pi rumah tok tadi beliau cakap kt aku tadi, "tok ingtkan cucu no 4 ni nak mai rumah.Tak nampak batang idung pon cuti 2 hari.Takkan tok kena telepon ingtkan cucu mai umah.Ni kan umah tok nek dia jugak bukan orang lain.teruk la kena talipon cucu sendiri suruh mai'.

Apa aku nak jawab bila orang tua dah terasa?Aku tolong senyum dan bagitau je la adik no 1 tu die balik pg tadi pon dah tergesa2.tak dan la tuh nak mai.nanti die cuti die mai lagi.Durian tu boleh diberi pada cucu no 3 bawak balik ofis.Tapi tok cakap ,takpe tok bagi kat cucu no 1 je la sedekah kat rumah dia nanti.Ok fine tapi cucu no 3 nak manggis untuk dibawa pulang ke ofis boleh tak tok sebab ofismate order???? T__________T Esok mai jolok sendiri.Hahahaha....

Susah bukan nak jaga hati orang tua.Tapi bila difikir balik, mana tahu kesusahan itu akan menjadi alasan untuk kita bersenang2 di kemudian hari.Bukannya orang tua kita kebulur wang ringgit.Depa tak heran la dengan duit kita.yang penting di mana kita letak mereka di dalam hati kita.Masih punya tempat dalam hati atau tidak tahu di mana harus diletakkan. Bak kata Mr N, it is a must to honour your parents!!!!Setuju????